Isnin, 13 Mei 2013

Ditulis pada hari Isnin, 13 Mei 2013 2 comments

Salam ukhuwah buat semua pembaca blog sutera ungu. Seperti yang dijanjikan...hari ini saya akan masak sambal bilis kuini...

Menu ini merupakan menu tradisi keluarga kami. Jika tiba musim kuini....pasti sambal bilis kuini ini akan dimasak hampir setiap hari! 

 Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

Bawang besar  1 biji besar
Bawang putih   1 biji
Cili padi   10-15 biji. (Lagi pedas lagi sedap)
Ikan bilis - Segenggam (agak2 je)
Buah kuini  sebiji besar
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya :
Bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis di kisar dan ditumis.

Kuini di potong halus

Apabila tumisan sudah kering dan naik bau. ..masukkan buah kuini...gaul hingga mendidih...masukkan garam secukup rasa..

Tadaaaaa. ....sambal bilis kuini dah siap....sedap dimakan dengan apa saja...nasi putih dan ikan goreng, cicah dengan lempeng, roti, cekodok , pisang goreng dan.....lain-lain lagi...

Selamat mencuba ♡
Categories: , ,

2 comments: