Isnin, 13 Mei 2013

Ditulis pada hari Isnin, 13 Mei 2013 6 comments
Pokoknya tersergam di hadapan rumah bunda saya. Ia ditanam oleh tuan tanah, Wak Sallehan suaminya Wak Sam, jiran kami (tuan tanah) yang baik hati (al fatihah buat kedua mereka). Pada setiap bulan Mei buah kuini kami akan masak ranum dan kadangkala pada hujung tahun, ia akan berbuah semula...

Pokok kuini di hadapan rumah di ambil dari sisi tepi rumah. Dahulu al marhum abah buatkan kerusi kayu (kami panggil pangkin)di bawah pokok tu untuk kami bersantai di waktu lapang.


Gambar dari hadapan... besarkan pokok kuini ni? Buahnya mencecah ratusan kilo semusim.. pokok kuini ada banyak nostalgia. Kenangan zaman kanak2 bersama seluruh ahli keluarga terutamanya almarhum Ayahanda Hj Jaafar Akib.... 

Di bawah pokok inilah abah buat pangkin. Bila pangkin dah reput ganti dengan buaian. 

Di bawah pokok inilah tempat abah parking motor lepas balik surau atau masjid.

 Di bawah pokok inilah kami sekeluarga berkumpul untuk bergambar setiap Aidilfitri.

Di bawah pokok inilah ukhuwah terjalin di setiap kali musim kuini datang.


Pokoknya besar dan tinggi..seringkali buahnya jatuh menyebabkan buah menjadi cedera dan terbelah...namun tidak mencacatkan kemanisan dan keenakan rasanya.


 Inilah buahnya. ..segar dan harum baunya...Kuini sedikit berbeza dengan machang dari sudut rasanya dan struktur badannya. Kuini lebih halus seperti buah mangga biasa sedangkan machang lebih bersabut dan kasar.


 Warnanya sangat menarik...belum lagi baunya...kehalusan,kemanisan dan keharumannya, menjadikan saudara mara dan jiran tetangga sering menantikan musimnya tiba...Malah turut dinanti2kan oleh Si Peraih (kadangkala kami tak layan sangat sebab bunda lebih suka bersedekah)

 Buah yang jatuh akan lembik sedikit kerana lantunan yang kuat...maka saya jadikan ia jus kuini...di Campurkan dengan ais batu....huh! ! Sangat sedap diminum ketika cuaca panas...nyaman je..

 Ini sambal belacan campur kuini..Sedap dimakan dengan ikan goreng dan nasi putih..

Selain dari sambal belacan kunini...saya juga kerap masak sambal bilis cili padi + kuini. Untuk resepinya saya akan masukkan entri khusus..akan menyusul tak lama lagi.

Kami panggil "rocoh". Saya tak pasti dari bahasa apa.  Kuini dipotong kecil dan di campur dengan santan..tambah gula dan ais...sangat sedap dan segar...

Begitu lah sinonimnya kami sekeluarga dengan buah istimewa ini...Semoga ianya menjadi kenangan anak cucu generasi akan datang.

Categories: , ,

6 comments: