Jumaat, 15 Mac 2013

Ditulis pada hari Jumaat, 15 Mac 2013 No comments

Salam ukhuwah di malam hari... rindu benar sutera ungu nak buat entri masak- masak....sejak dapur bercuti panjang ni..tiap2 hari saya makan lauk beli...naik muak dah rasanya. ..namun apakan daya...dapur belum siap...kena bersabarlah sikit...

Hari ini saya rasa cemburu sangat dengan blog rakan2 yang publish lauk pauk yang menyelerakan...cemburu yang tidak dapat dibendung lagi...lantas...saya pun menyemak album dalam galeri telefon bimbit saya...ya...memang ada beberapa menu yang tidak sempat diupload..yang terperap di dalam telefon ini...apa lagi...rancak jari menekan skrin. ...

RENDANG UDANG GALAH

Bahan2 nya ialah :

4 ekor udang galah *
1 biji bawang besar *
1 biji bawang putih *
2 batang serai
( 1 dikisar dan satu lagi diketuk)*
1/2 inci halia *
1 inci lengkuas *

Bahan bertanda * dikisar
2 sudu serbuk kari
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking
1 senduk cili kering yang telah dikisar
2 sudu kerisik
1 senduk santan pekat
Gula, garam dan asam secukup rasa

CARA - CARA MEMBUATNYA

1) Tumis semua bahan yang di kisar bersama serbuk kati,kulit kayu manis dan bunga lawang dengan satu senduk minyak sehingga naik bau

2) Masukkan serai ,udang dan santan pekat..tunggu hingga agak kering

3) Masukkan gula,garam dan asam secukup rasa

Boleh dihidangkan...selamat mencuba ♡ ♡ ♡

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan