Salam ukhuwah. Entri hari ini ialah menu tumis peria katak. Menu ini selalu dimasak oleh ibu saya semasa kami kecil dulu. Kira ini menu bonda la....
Mula2 hiriskan peria nipis dan rendam dengan air garam dalam 2-3 minit. Kemudian tuskan. Tujuannya untuk mengurangkan rasa pahit bagi yang tak suka. Jika anda suka tidak perlulah rendam dengan air garam.
Ok. Kita mulakan masak.
*Mula2 tumiskan hirisan bawang merah dan putih bersama 1 sudu udang kering atau ikan bilis.
*Bila sudah naik bau barulah masukkan hirisan peria.
*Masukkan 1/2 cawan air supaya peria lembut.
*Bila air mula kering pecahkan 1 biji telur dan gaul rata.
*Masukkan hirisan cili merah dan gaul lagi.
* Boleh dihidangkan.
#tidak perlu letak garam kerana peria sudah direndam garam sebelum masak tadi. ♡♡♡
sedapnya kak. tq kongsi resepi. lain kali boleh masak :)
BalasPadamSedap li...membuka selera juga berkhasiat
BalasPadam