Rabu, 26 Disember 2012

Ditulis pada hari Rabu, 26 Disember 2012 No comments

Ini juga di antara menu bonda. Menu pembuka selera lebih lebih lagi jika dimakan dengan ikan masin atau ikan wadi. Mak mertua lalu kat belakang pun tak nampak.hihi... (memangla tak nampak sebab lalu kat belakang kan...)

Cara2 masak pajri nenas:
*kupas nenas kemudian potong.
*tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan kulit kayu manis dan bunga lawang
*masukkan satu senduk kecil cili kisar
*2 senduk serbuk kari
*3 biji buah keras ditumbuk (boleh ganti dengan santan)
*bila sudah naik bau..masukkan nenas dan 1 cawan air.
*tunggu mendidih...masukkan 2 sudu kerisik
*gula dan garam secukup rasa

#untuk rasa yang lebih sedap eloklah guna nenas madu. Saiznya lebih kecil dari nenas sayur. Kulitnya berwarna oren bukan hijau.

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan