Ahad, 2 Disember 2012

Ditulis pada hari Ahad, 2 Disember 2012 1 comment

3 hb Dis 2012..selamat menanda kertas SPM buat rakan rakan yang terlibat. Sejak dari awal lagi hati saya memang berat nak terima tugasan penting ni.. Sebenarnya sejak tahun lepas lagi...cuba menarik diri tapi tak jadi..tahun ini sejak 'demam menanda PMR' yang amat mengerikan..saya tekad untuk menarik diri, bimbang nanti tugasan penting tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Saya sangat yakin dan percaya keputusan saya ini ada hikmah disebaliknya..yang pasti saya ingin berehat, berjalan dan bersantai bersama keluarga ♥

Pada minggu lepas, biras saya yang tinggal di Ipoh memberitahu pada 4hb Dis 2012 suaminya (abang ipar saya a.k.a abang suami saya) akan melakukan pembedahan pintasan jantung di IJN.Beliau meminta kami menghantar ke IJN dan membawa anak anaknya 'melihat' Kuala Lumpur. Beliau akan berada di wad 3-4 hari untuk menjaga suaminya dan meminta saya menjagakan anak anaknya sepanjang tempoh itu. Ye...inilah hikmahnya...saya menerima tanggung jawab ini dengan tangan terbuka kerana saya betul betul free sekarang.

Sesungguhnya Allah memberi peluang saya memiliki seorang anak...tapi sebenarnya Allah memberi saya peluang pengalaman menjaga ramai anak!

♥Wamakaru wamakarallah...wAllahu khairul maakiriin...kita merancang...Allah juga merancang...Sesungguhnya perancangan Allah itu yang terbaik.. ♥

Categories:

1 comments:

  1. Alhamdulillah dn tahniah Syid kerana wt keputusan yg tepat pada masanya..n tahniah kerana dikurniakan kesempatan menjaga ramai anak..tp kami mmg rasa kehilangan keceriaan yg selalu kita kecapi bersama ketika membuat tugasan

    BalasPadam