Khamis, 8 November 2012

Ditulis pada hari Khamis, 8 November 2012 7 comments

Sangat susah untuk mencari mee buatan orang melayu/islam di pasaran.. Kalau ada pun agak terhad dan selalu on off.. Selalunya saya akan kirim mee buatan orang kita melalui kakak saya yang tinggal di Tanjung Malim...kerana jarak yg agak jauh...susah juga nak berurus niaga,hanya sekali sekala sahaja..

Mee yang ada di pasaran mempunyai rasa bahan pengawet yang kuat (kapur, asid borik) yang kurang enak. Walau mempunyai tanda halal Jakim sekalipun...rasa pengawet itu yang menjadikan saya begitu merindui mee buatan orang kita ini...

Oleh kerana itu,saya telah mengambil keputusan membeli satu mesin serba guna yang mampu membuat pelbagsi jennis bancuhan doh ternasuklah mee..selain daripada itu mesin ini juga boleh membuat laksa, maruku, pasta, roti, biskut,pizza,  kulit karipap dan lain lain lagi. Cara penyediaannya semua terkandung di dalam manual penggunaan beserta dengan Resepi sekali... Senang kata..masukkan bahan seperti dalam buku yang di sertakan, tekan suis dan keluarlah mee atau apa sahaja adunan  yang kita letakkankan dan letakkan acuannya.

Selamat Mencuba :-)








Categories:

7 comments:

  1. Wah ! lps ni makin rajinlah masak Shidah..;)
    tapi awas,pemutar gerudi dia tu tak berapa tahan sgtlah..akk punya dah 2x patah dlm tempoh tak sampai setahun..tu pun bukan rajin sgt masak. ..kawan2 lain pun sama..tak faham kenapa dia buat guna plastik..kalau alumunium ke tahan sikit kot.

    BalasPadam
  2. Ye ke...alamak.,!kira rugi la sy beli ni ye?...tp dah ter.......layan je la...sama sebijik akk punya ke?

    BalasPadam
  3. sama ..bukan nak menakutkan..Insyaallah sekadar kongsi pengalaman

    BalasPadam
  4. Hayyaa..azla kalau patah boleh repair or ganti tak? Cuak gak ni...

    BalasPadam
  5. kt mner nk dpt kn mesin nie,,,

    BalasPadam
  6. gerudi tu saya beli RM25 satu

    BalasPadam