Isnin, 26 November 2012

Ditulis pada hari Isnin, 26 November 2012 No comments

Semasa berada di rumah bonda semalam, hidangan yang menjadi pilihan ialah masak lemak labu..ia sangat sesuai dipadankan dengan hidangan ikan pekasam a.k.a ikan wadi... Selain masak lemak labu, keluarga kami selalu juga masak 'gangan basahang' atau dalam bahasa rasminya labu dimasak air bercampur lada hitam dan lada putih.. Selain itu labu juga sedap dibuat pengat...

Diantara khasiat buah labu ini ialah :

1) mampu menurunkan kolestrol dan kencing manis

2) mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh /antibodi

3)mampu membersihkan pembuluh darah yang tersumbat

4) mampu mengubati anak kecil yang menghadapi masalah cacingan

5) mampu mengurangkan risiko jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi

6) mampu menurunkan panas badan

7) mampu mengurangkan risiko kanser

# begitu banyak khasiatnya...dengan rasanya yang sedap...jom makan labu!
#teringat kartun POOH yang sering dikaitkan dengan labu... Dan masih tertanya tanya kenapa parti Hollowen dikaitkan dengan labu sebagai ikon hantu...ce cite ce cite...







Categories:

0 comments:

Catat Ulasan