Ahad, 4 November 2012

Ditulis pada hari Ahad, 4 November 2012 No comments

Apabila saya masuk ke dusun kecil kami di Sg Dusun tengahari tadi, saya dapati pokok cempedak di belakang rumah kami sudah berbuah... Saya teringatkan satu pantun 4 kerat yang popular :

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Sejak dulu buah cempedak memang sudah popular. Buktinya nama buah cempedak termaktub di dalam pantun melayu yang sangat terkenal. Begitu popular namanya, begitulah sedapnya rasanya. Boleh dimakan begitu sahaja atau boleh dicelup tepung dan digoreng. Malah dalam masyarakat banjar, kulitnya juga boleh dimakan! Wah...hebatkan. Caranya mudah saja...

Buangkan kulit luarnya yang kasar...**kemudian ia boleh digoreng dengan garam kunyit,bawang merah dan bawang putih seperti kita menggoreng ikan. **atau ia boleh dipotong kecil dan ditumis dengan bawang,cili padi dan udang @ ikan bilis...pergh...sangat sedap.. **ada juga yang menjadikannya seperti jeruk dan bokeh dimasak dengan pelbagai cara seperti masak lemak cili api dengan ikan sungai.. Kami memanggilnya dengan nama MANDAI








Categories:

0 comments:

Catat Ulasan