Selasa, 20 November 2012

Ditulis pada hari Selasa, 20 November 2012 2 comments

2 hari saya mesyuarat dan suami jaga exam... Aiman saya hantar di rumah atuknya (mak saya...cucu cucunya panggil atuk a.k.a atuk siti) . Hari pertama nampak ok je... Hari kedua Aiman dah meragam...nak ikut ummi...taknak duduk rumak atuk...tapi apakan daya saya tiada pilihan lain...

Atuk pun dengan segala kepakaran yang ada cuba memujuk Aiman...akhirnya persetujuan dicapai...atuk bawa jalan jalan beli aiskrim kat Petronas yang terletak bersebelahan dengan rumah atuk.. Sampai di sana Aiman nampak mainan. Dia ni memang pantang nampak mainan mesti nak beli... Dia ambil mainan Boboiboy sampai 3.. Harga 1 rm17...belum lagi aiskrim mahal... Jenuh dipujuk supaya ambil 1 sahaja mainan tu...atuk kata atuk tak cukup duit...tapi Aiman kata tadi kita nampak dalam dompet atuk ada banyak duit...hihi..kantoi!..Akhirnya berjaya dipujuk ambil Boboiboy 1 je... Campur dengan aiskrim dan lain2 jajan semuanya RM30...sian atuk :-):-):-)




Categories:

2 comments: