Selasa, 23 Oktober 2012

Ditulis pada hari Selasa, 23 Oktober 2012 No comments
Sejak kecil saya selalu ingatkan anak saya supaya memastikan makanan yang nak dibeli ada tanda halal Jakim..mula mula tu Aiman selalu tanya Jakim tu apa?dengan ringkas saya beritahu,tanda halal yang ada corak bintang sambil memberikan contoh tanda halal yang sebenar kerana terlalu banyak tanda halal tiruan di pasaran.
Syukur alhamdulillah di usianya hampir 5 tahun dia mula memahami bahawa makanan yang dia nak beli kena ada tanda halal. "kalau makan yang tak halal nanti Allah tak sayang"kata Aiman. Balik daripada sekolah tadi dia minta belikan chewing gum (gula gula getah) saya memang tak pernah belikan dia chewing gum...sebab saya dan suami tak suka. Rupa rupanya diackenal daripada kawan kawannya di sekolah... "ala ummi....belikan lah chewing gum.."rayunya... Seperti biasa saya bersetuju dengan syarat "ada tanda halal Jakim"...
Sampai je di kedai saya dan Aiman memeriksa semua chewing gum yang ada di situ (seperti pegawai dari Jakim lagaknya....hehe). Tapi malang...semua produk chewing gum di situ tiada tanda halal Jakim...Aiman faham...yang dia tak boleh beli chewing gum tu, lantas dia bergegas ke bahagian coklat.. Saya dengar dia jerit "ummi...! Yang ni ada tanda halal Jakim!...." jerit Aiman dengan gembira... Saya pun belikan 2 coklat tu walaupun dia cuma nak satu..dia tanya lagi..."kenapa ummi belikan 2? Saya jawap "satu lagi hadiah sebab Aiman tak jadi beli chewing gum yang takde tanda halal tadi... Dia tersenyum sambil mencium saya..."sayang ummi"...saya menjawab "ummi juga... Allah juga sayangkan Aiman".



Categories:

0 comments:

Catat Ulasan