Isnin, 15 Oktober 2012

Ditulis pada hari Isnin, 15 Oktober 2012 No comments
Tiba tiba si katak menjadi popular...dulu pernah si katak popular di dalam cerita Ali Setan bila Ali menghadiahkan Asmidar katak..Ini sekali lagi katak di popularkan.Petang ini 16 okt 2012 akan diadakan taklimat khas berkaitan dengan FROGASIA...eh! Apa benda tu.....?katak kan?tunggu jelah petang ni penerangannya...nanti saya akan update ye...
Ok...saya baru balik dari taklimat berkaitan dengan FROGASIA ni...rupa rupanya frog ni cumalah ikon untuk program ini. Ianya dinamakan sebagai VLE (Virtual Learning Enviroment) atau cakap melayunya pembelajaran secara maya yang akan dilaksanakan di semua sekolah menjelang tahun 2013 nanti.
Sebenarnya program ni lebih kurang macam blog juga, kita masukkan maklumat dan boleh dilihat oleh rakan guru,ibubapa dan pelajar. ibubapa,pelajar dan guru akan dapat ID dan Password masing-masing. Walaubagaimanapun tidak semua maklumat boleh dilihat dan dimuat turun oleh pelajar. Hanya sesetengah maklumat sahaja seperti jadual, soalan, skema, nota dan lain lain maklumat yang guru masukkan di bahagian tertentu yang dilihat oleh pelajar sahaja.
Saya pun masih belajar lagi...baru nak menjelajah apa yang ada di dalam si katak ni....jumpa lagi :-)













Categories:

0 comments:

Catat Ulasan