Jumaat, 19 Oktober 2012

Ditulis pada hari Jumaat, 19 Oktober 2012 2 comments

Sekali baca tajuk entri ini macam tajuk karangan kita masa sekolah rendah dulu.. Sebenarnya semasa kecil hobi saya ialah mengumpul setem. Rasanya hobi mengumpul setem ini yang paling popular di kalangan rakan sebaya saya.. Saya ada lebih 5 buah album setem...cuma malangnya saya tidak dapat menjejaki dimanakah album setem itu sekarang.. :-(

Kebelakangan ini saya mempunyai hobi yang baru iaitu mengumpul Magnet Peti Sejuk. Mulanya kakak saya selalu membelikan sesuatu bila beliau pulang dari bercuti. Antaranya Vietnam, London, Sabah, Bukit Freser dll. Kawan kawan pun ada bagi sebagai buah tangan bila pulang bercuti dia antaranya Sarawak, Singapura, Pulau pangkor dll. Ibu dan adik yang pulang dari umrah dan menziarah ke Mesir dan Alexandria (tempat saya belajar dulu) juga ada beli magnet peti sejuk ni.. Dan baru baru ini semasa saya ke Cantrel Market saya tidak melepaskan peluang membeli magnet peti sejuk Kuala Lumpur dan Malaysia :-)










Categories:

2 comments:

  1. dah banyak koleksi magnet kak Syidah. mesti penuh depan peti sejuk tu :)

    saya cuma ada 1 je. magnet peti sejuk dari Cameron Highland. itupun angah yg bagi..

    BalasPadam
  2. Hehe..mula mula tu...mcm tak kisah sgt pd magnet tu...tp lama2 rs seronok sbb dpt tgok budaya atau trademark sesuatu tmpt tmpt tu...rasa seronok mcm kumpul setem gak...

    BalasPadam