Rabu, 24 Oktober 2012

Ditulis pada hari Rabu, 24 Oktober 2012 No comments
Di saat tetamu tetamu Allah di Tanah Suci sedang wukuf di padang Arafah pada 9 Zulhijjah, kita yang tidak berkesempatan untuk turut serta ke sana disunatkan menunaikan puasa. Di antara kelebihan atau fadhilat menunaikan puasa pada hari arafah ini ialah:
*** Sabda Rasululah SAW, Ia menebus dosa setahun yang yang telah lalu dan setahun ang akan datang (hadith riwayat Muslim)
*** Sabda Rasulullah SAW, Puasa pada hari Arafah sesungguhnya aku berharap agar Allah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang sebelumnya (hadith riwayat Tirmizi)
*** Dari Saidatina Aisyah, telah bersabda Rasulullah SAW, tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah
***Sabda Rasululah SAW, 3 kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada ahari mereka keluar dari kuburnya iaitu : i) orang yang mati syahid
                        ii) orang yang menunaikan solat malam pada bulan Ramadhan
                       iii) orang yang BERPUASA PADA HARI ARAFAH
*** Sabda Rasulullah SAW,  tiada hari yang paling banyak Allah bebaskan hambaNya dari neraka kecuali pada hari Arafah.
*** Sabda Rasulullah SAW, sebaik baik berdoa ialah pada hari Arafah
Bagi yang tidak dapat berpuasa kerana keuzuran, anda digalakkan memperbanyakkan zikrullah, beristighfar dan bersedekah.


Categories:

0 comments:

Catat Ulasan