Isnin, 8 Oktober 2012

Ditulis pada hari Isnin, 8 Oktober 2012 No comments

Merupakan satu program pecutan akhir untuk calon calon SPM bagi membantu meningkat prestasi akademik. Hari ini saya ditugaskan sebagai pemudah cara bersama sahabat Ustazah Siti Fatimah bt. Dullah bagi subjek Pendidikan Islam kertas 1. Masa yang diperuntukkan ialah 2jam...bersama anak anak 5Sains Tulin dan 5Sains Ikhtisas.

Pelajar diberikan soalan soalan negeri negeri lain,berbincang dalam kumpulan dan guru menjadi fasilitator. Fasilitator menerangkan strategi yang terbaik dan kaedah kaedah yang tepat untuk mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan SPM.

Saya doakan semoga anak anak didik saya ini diberikan hati yang lapang,akal yang tajam,dimudahkan di dalam menjawab soalan..seterusnya mendapat kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.





Categories:

0 comments:

Catat Ulasan