Jumaat, 28 September 2012

Ditulis pada hari Jumaat, 28 September 2012 1 comment

Buahnya sangat cantik.. Ketika masak ranum, buah tin berwarna pink kemerahan. Pernah suatu ketika dulu semasa menunggu keretapi, di stesyen keretapi Assofirah, seorang makcik membawa dua bakul buah tin yang masak ranum dan menawarkannya pada saya. Dengan perasaan malu malu saya pun mengambil buah tin tersebut sampai tak muat tangan...

Di antara khasiat buah tin ialah
1. Oleh kerana kandungan omega 3 yang tinggi ia mampu menurunkan darah tinggi dan mengutanagkan risiko sakit jantung
2. Di dalam 100g buah tin mengandungi 241mg kalsium, 2kali ganda dgn kandungan kalsium dalam susu. Oleh itu ia sangat baik untuk mengekalkan kepadatan tulang bagi mengelak osteoporosis.
3. Kandungan seratnya yang tinggi mampu merawat masalah sembelit dan menjadi terapi bagi pengidap buasir
4. Sangat baik untuk melicinkan kulit dan penyembuhan jerawat (dikisar halus)
5. Mampu menurunkan kadar kolestrol dalam darah
6. Mampu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser usus.

*nama lain buah tin ialah buah ara :-)





Categories:

1 comments: