Selasa, 25 September 2012

Ditulis pada hari Selasa, 25 September 2012 2 comments

Akhir tahun 1993 telah ditaqdirkan Allah aku terpilih untuk menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar Mesir. Pertama kali menjejakkan kaki di airport kaherah,kami dikejutkan insiden perebutan pelajar...namun semua tu menjadi kenangan manis kini. Kami ditempatkan di rumah Rabaah untuk beberapa hari sementara menunggu nama muqayyad... Namaku tersenarai di muhafazah Iskandariah bersama beberapa org sahabat seangkatan..tapi majoriti mereka ditempatkan di muhafazah Mansourah.

Pertama kali menjejakkan kaki di Iskandariah...kami disambut baik oleh kakak senior..di bawa ke Imarah paling popular Imarah Ibrahim Rehal yang terletak di syari' @jalan Jamal Abd.Naseer..dan kemudian di bawa ke rumah kediaman kami di Assofirah.

Pertama kali melihat tempat kuliah.....hehe...terkejut lagi...universiti untuk menempatkan kami di syari'@jalan Mallahah,belum siap...so kami ditempatkan di kem tinggalan tentera...Ya Allah...tempatnya mmg tidak selesa...namun kerana niat untuk menuntut ilmu dan harapan keluarga untuk meraih sebuah kejayaan...kami belajar dengan penuh redho...walaupun kadangkala kami belajar sambil berdiri atau kalau dah penat,kami duduk bersila lantaran kerusi yang tak cukup...kalau ada pun dah diambil oleh pelajar arab dan kerusi kosong yang ada dah ditempahkan untuk kawan mereka yang belum pun sampai..... Namun kerana niat yang ikhlas untuk menuntut ilmu semua itu kami lalui dengan hati yang terbuka...malah sekarang menjadi kenangan paling manis dalam lipatan sejarah hidup kami.



















Categories:

2 comments:

  1. waahhh..mengingatkan saya akan tempat ini..rasa nk kembali lg untuk bercuti 10,11 hari..

    BalasPadam