Khamis, 9 Januari 2014

Ditulis pada hari Khamis, 9 Januari 2014 2 comments

Cafe ini berada agak hampir dengan rumah saya. Walaupun pemilik kedai ini orang berbangsa cina dan agak ragukan namun saya lihat ramai orang islam yang makan di Cafe ini....

Kebanyakan mereka makan di sini hanya kerana pekerja yang bekerja di cafe ini memakai tudung. Ada pula yang mengatakan "eh...orang pakai tudung pun ramai yang makan di cafe ni...so mestilah halal"....oh....sungguh menyedihkan. ... apa kaitan tudung dengan sijil halal??

Berikut saya bawakan info tentang sijil halal cafe tersebut.

SUNGAI BESAR – Sebuah premis makanan popular di Sungai Besar ditarik pensijilan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) setelah didapati gagal mematuhi syarat dan prosedur pensijilan ditetapkan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Jais dimaklumkan oleh Jakim berhubung penarikan itu berkuat kuasa 15 April 2013.

Menurutnya, penarikan itu dibuat berpandukan hasil pemeriksaan berkala yang dijalankan Jakim ke atas premis terbabit pada 20 Mac tahun sama yang mana syarikat itu didapati gagal menepati piawaian pensijilan halal.

“Oleh yang demikian, Bahagian R&D Jais telah menyarankan premis makanan itu mematuhi arahan Jakim dan membuat permohonan semula dengan mematuhi piawaiannya yang sebenar,” katanya dalam kenyataannya kepada Sinar Harian.

Ahmad Zaharin berkata, premis makanan itu juga dinasihatkan mematuhi arahan Jakim agar tidak menggunakan Logo Halal Malaysia, sebagaimana arahan yang dikeluarkan sehingga permohonan semula oleh syarikat itu diluluskan.

Sehubungan itu, katanya, umat Islam boleh merujuk status halal syarikat; produk; premis makanan dan lain-lain di laman sesawang Jakim iaitu www.halal.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung status halal tersebut.

Sementara itu, Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, pengusaha premis makanan itu diminta membuat permohonan pensijilan halal baharu kerana ia menjadi tempat tumpuan pelanggan Islam.“Kita harap pemilik premis sensitif berhubung hal ini dan perlu mematuhi beberapa perkara ditetapkan untuk mendapatkan pensijilan halal.

Menurutnya, masyarakat juga diharap memandang berat berkaitan isu itu kerana ia bukan melibatkan perihal mendapatkan pensijilan halal semata-mata, malah premis yang dikunjungi juga perlu bersih dari segi proses penyediaan makanan yang dihidangkan kepada pelanggan.“Saya juga mencadangkan kepada Jais agar semua restoran atau kedai makan di negeri ini mendapatkan pensijilan halal bagi premis masing-masing,” katanya.

Sinar Harian turut difahamkan oleh pihak Jais, premis makanan tersebut sehingga kini masih belum membuat sebarang permohonan baharu berhubung pensijilan halal.

Bagaimanapun, Sinar Harian tidak dimaklumkan sama ada premis berkenaan sehingga kenyataan ini disiarkan, masih menggunakan atau tidak Logo Halal Malaysia yang sah iaitu yang mengikut piawaian ditentukan.

Sumber info: www.sinarharian.com

Categories:

2 comments:

  1. Entahlah, Che Mid pun tak faham dengan mentaliti orang Islam kita ni..yang terang-terang takde sijil halal pun masuk juga sbb ada orang Islam lain masuk. Lebih-lebih lagi skrg ni banyak kopi tiam dan sejenis dgnnya..memang kedai tu nampak bersih dan cantik, gambar menu pun menarik nafsu kita..tapi pekerjanya entah Myanmar ke Nepal..tak nampak bayang Melayu langsung..masyaallah..harap kita kita boleh tetapkan hati dan tidak mudah tergoda dengan bisikan palsu syaitan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la che mid...byk je pilihan kedai mknn yg lain...yg xhalal juga yg d pilih

      Padam