KATAK PURU?
Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur.
SEDAP
Buah ini memang sedap dicicah dengan sambal kicap, garam atau kuah rojak. Ada juga yang membuat sambal ikan dengan menumbuk ikan dan cili bersama-sama buah katak puru.
Memang sedap jika dimakan bersama nasi yang masih panas. Malah, bukan itu sahaja, buah yang kaya dengan vitamin C ini juga boleh dijadikan jus.
Buah nam nam yang bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm) ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.
Bijinya pula berbentuk leper. Selain dimakan segar, daun dan buah nam nam juga mempunyai khasiat perubatan.
KHASIAT
Kebanyakan orang-orang terdahulu mempercayai dengan memakan buah dan pucuk pokok ini dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Ada juga yang menjadikannya ramuan dalam ubat bagi merawat batu karang. Selain itu, daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh.
UNIK
Pokok nam nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang.
Pokok yang dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai ketinggian di antara tiga hingga enam meter (m) sahaja.
Pokok ini masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Utara dan Pantai Timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah tanaman biji ataupun tut.
Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur.
Sumber info : www.sinarharian.com
suka buah nie.. sedapkan. terliur. skrg susah nk cari buah ni :(
BalasPadamMmg ssh nk jumpa....akk beli kt pasar
PadamKemelecer...
BalasPadamLap...lap air liur tu...hihi
Padamhttp://onlinestreamvideo.blogspot.com/2013/12/india-vs-south-africa-live-streaming.html
BalasPadamSedap tau
PadamNina suka buah ni. Semalam bru makan umah tok. Hehe
BalasPadamSedap kan nina. ...mmmmm
Padampernah makan buah ni. sedap jugak :)
BalasPadamMmg sdp lagi2 yg msk ranum
Padamwow.... unik... 1st time saya dengar....
BalasPadamHihi...buah yg semakin pupus
PadamKak...mana dapat ni??buah ni dah pupus kan??sib baik pregnant last year x ngidam buah ni kalau x haru nak mencari ni. EMM dapnya kalau dapat buah ni...teringin gak ni...Nak gak kak, nak makan macam tu je kak, kokak pakai gigi. HEHEHE. mohon share mana nak dapat ni. Yummy, rasanya adalah dalam 19-20tahun kot x makan buah ni. HUHUHU
BalasPadamRazila kebetulan akk jumpa di market d sg besar.
PadamSedap x sangka saya pun ada up entry pasal si katak puru nie...hihihi
BalasPadamAzi....oh ye ke...tp buah ni mmg sedap
Padam