Selasa, 9 Oktober 2012

Ditulis pada hari Selasa, 9 Oktober 2012 No comments

Di antara nasihat Lukmanul Hakim kepada anaknya ialah :

** wahai anakku...apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaan, semua anggotamu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mengadap Allah) dan berzikir(ingat kepada Allah)

**wahai anakku..ikutlah ketika orang membawa jenazah kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan hidup di dunia ini

** wahai anakku..aku sudah merasa segala benda benda pahit, tetapi aku belum pernah merasa sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan

**wahai anakku...aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam macam kepayayahan,tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan payah dari menanggung hutang

**wahai anakku..apabila engkau mengerjakan solat, jagalah baik baik fikiranmu

**wahai anakku...apabila engkau berada di rumah orang lain,jagalah pandanganmu

**wahai anakku..Apabila engkau berada di tengah tengah majlis,hendaklah engkau menjaga lidahmu

**Wahai anakku..ingatlah pada Allah, ingatlah akan mati, lupakanlah budi baikmu kepada oranglain, lupakan semua kesalahan orang
   terhadap dirimu


Categories:

0 comments:

Catat Ulasan