Selasa, 9 Oktober 2012

Ditulis pada hari Selasa, 9 Oktober 2012 No comments

Dalam kekusutan minda...dalam kekacauan jiwa...dalam kecelaruan ummat dan dalam segala macam keserabutan masyarakat dewasa ini...saya berpendapat adalah teramat mustahak bagi setiap daripada kita agar dapat mendalami ilmu agama malah terlebih penting lagi agar kita dapat menghayati dan mengamalkan ilmu di dalam kehidupan kita seharian...

Di dalam entri saya pada kali ini saya ingin mengajak anda memahami dan menghayati kehebatan dan keistimewaan Surah Al fatihah..malah bukan sekadar itu...marilah kita sama sama mengamalkannya dalam kehidupan kita...

Berikut saya kongsikan ilmu di bawah ini agar dapat di manfaatkan bersama

1. Untuk menjadikan seseorang (suami anda,isteri anda atau anak anak anda) sentiasa cinta dan kasihkan anda
   Amalkan membaca surah al fatihah 14 kali sebelum tidur

2. Untuk mengubati penyakit yang berat/kritikal
   Baca 41 kali surah al fatihah dan ditiupkan pada air. Kemudian airnya diminum dan dibuat mandi

3. Untuk menghentikan anak kecil /bayi yang menangis pada waktu senja,malam atau bila bila masa sahaja
  Baca 7 kali surah al fatihah sambil mengusap kepala bayi yang menangis

4. Untuk merawat luka luka kecil seperti terkena pisau,sengatan tebuan,darah tidak mahu berhenti dll
  Baca surah al fatihan 3 @ 7kali, ambil air liur di bahagian lelangit kemudian usap atau sapukan bahahian yang cedera itu

5. Untuk mengubat sakit kepala
  Baca 7 kali surah al fatihah dan usapkan di kepala. Lakukan sekali pagi dan sekali malam tanpa gagal

***Amalan di atas Insyaallah akan berkesan dengan syarat syarat berikut :

# yakin dan percaya dengan surah al fatihah sebagai penawar kepada pelbagai jenis penyakit dan diturunkan Allah dengan   
    pelbagai keistimewaan
# baca dengan khusyuk dan tawadhu'
# baca untuk niat yang baik sahaja
# tawakkal sepenuhnya kepada Allah SWT
  


Categories:

0 comments:

Catat Ulasan