Pukong adalah amalan tradisi kaum banjar untuk menidurkan anak dalam jangka masa yang lama. Bagi yang tidak biasa dengan kaedah ini mereka merasa ragu ragu dan bimbang bayi seolah olah tercekik atau tidak dapat bernafas.. Ini berlaku pada anak saya yang selalu menangis sejak dilahirkan...dia tidur dalam tempoh yang pendek dan menangis...menagis...dan menangis
Pada suatu hari ibu saya datang berkunjung ke rumah saya...anak saya tak berhenti henti menangis..sebagai seorang ibu yang berpengalaman..ibu saya menggunakan kaedah pukong ini sebagaimana yang dilakukannya semasa menjaga kami 8 beradik masih kecil dulu.. Suami saya yang pertama kali melihat keadaan ini begitu cemas...maklumlah...baby yang baru berusia hampir 3 bulan...di ikat di leher! Suami tanya ibu saya..mak...tak tercekik ke? Ibu saya jawab dengan penuh yakin...jangan risau,,,macam inilah mak jaga anak anak mak masa mereka kecil dulu..
Sebenarnya pukong ada seninya tersendiri... Kain yang di gunakan ialah kain batik. Sehelai untuk digantung seperti buaian dan sehelai lagi dilipat lebar untuk menyokong leher bayi...bukan menjerutnya. Malah mengikut kajian...bayi yang sering menangis dan tidak lena tidur kerana kembung perut,penyakit yang biasa dialami oleh bayi dapat di atasi dengan mengamalkan tidur secara berpukong. Ini adalah kerana kedudukan bayi dengan posisi itu dapat menyebabkab angin mudah keluar dengan terkentut kerana lengan atau sikunya menekan bahagian perut untuk menggalakkan pengeluaran angin dari perut bayi..selain itu posisi itu juga adalah seperti posisi bayi ketika dalam perut ibunya...
Selamat mencuba... :-):-)
Cara menidurkan bayi secara ini juga bagus untuk anak yang selsema. Hidung dia tak sumbat dan dia dapat tidur dengan lena. Saya masih ingat, adik bongsu saya ditidurkan seperti ini. Sekarang dia dah kerja dan jadi seorang yang berjaya dalam hidup, malahan dulu dia adalah diantara pelajar terbaik sekolah......
BalasPadam