Rabu, 10 Oktober 2012

Ditulis pada hari Rabu, 10 Oktober 2012 No comments

Seekor rama rama terbang riang di sebuah taman bunga. Hatinya gembira memandangkan cuaca yang cerah, bunga berkembang mekar mengharum dengan bunyi kicauan burung mempesona.

Sang rama rama ditegur oleh sang cacing... "wah..cantiknya kamu. Lihat kepak kamu yang berkilat dan berwarna warni. Kepak kamu memang menawan seolah olah hasil karya seni seorang seniman" puji sang cacing lagi.

Sang rama rama menjawab " syukur alhamdulillah...hakikatnya kita ini ciptaan Allah swt jua. Sang cacing terus memuji, "di kala kamu terbang, gerak kepak kamu seolah olah suatu tarian yang mengasyikkan." Sang rama rama sekadar tersenyum dan di dalam hatinya tidak putus putus lafaz Subhanallah...Subhanallah

Sebenarnya jauh di sudut hati sang rama rama juga mengkagumi peranan dan kepakaran Sang cacing. Apa tidaknya kehebatannya menggembur tanah menyebabkan tanah subur dengan pelbagai tanaman dan menumbuhkan pelbagai pokok yang mengindahkan lagi taman tersebut.

"eeee....apa tu? Tiba tiba Sang Cacing menunjuk ke arah seekor beluncas yang sedang memanjat daun. " Buruk sungguh rupanya! Geli aku melihatnya"...kata Sang cacing.

Sang rama rama yang mendengar tersenyum. " itulah diri aku sebelum menjadi seekor rama rama yang menawan. Sebelum ini aku terperuk dalam kepompong yang sempit" terang Sang rama rama kepada Sang cacing.

"Oh! Begitu?" Kata sang cacing.. Maafkan aku Sang rama rama kerana mengutuk kamu selepas memuji kamu."

***Pengajaran***

Manusia seringkali mudah mengutuk sebelum berfikir tanpa mengutip 'ibrah di sebalik sesuatu, tanpa mengetahui asal usul sesuatu perkara. :-) TANBIHUL GHAFILIIN :-)



Categories:

0 comments:

Catat Ulasan