Khamis, 11 Oktober 2012

Ditulis pada hari Khamis, 11 Oktober 2012 No comments

Apakah menu anda hari ini? Pada awalnya saya ingin membeli menu di kantin sekolah pada hari ini,tapi setelah 3 jam berbengkel dengan pelajar di Galeri Bestari tadi,saya dapati nasi ayam di kantin sudah sold out! Saya pun memikirkan menu yang paling simple,sedap dan yang paling penting menu sihat yang mudah di sediakan...

***ayam grill di dalam kuali ajaib. Saya perapkan ayam dengan bawang putih, bawang merah, halia, jintan manis, jintan putih dan sos tiram serta sedikit kunyit... Semua bahan saya kisar. Tapi...alamak! Ayamnya terhangit sikit....tapi sedap. Buktinya ianya telah habis dimakan..hihi...

***peria hang ditumis. Sedikit minyak mazola tumis bersama cili padi, bawang putih dan ikan bilis yang ditumbuk..

***buah buahan (menu wajjb kami sekeluarga) tak kiralah buah apa...asalkan ada buah :-)

Ini adalah entri semalam yang tak terpos hehe..:-)




0 comments:

Catat Ulasan