Ahad, 14 Oktober 2012

Ditulis pada hari Ahad, 14 Oktober 2012 No comments

Jaundis ialah keadaan yang biasa berlaku pada bayi yang baru lahir. Warna kuningnya ketara kelihatan pada mata, kulit, dan muka bayi. Jika tidak dirawat jaundis yang teruk akan mengakibatkan :

**kecacatan pada otak
**kelumpuhan
**kesukaran bertutur
**hilang pendengaran
**sawan
**masalah pembelajaran
**kematian

Apabila anda dapat mengesan warna kuning pada bayi anda yang baru kahir, segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan fototerapi.

Saya pernah mengalami masalah anak jaundis ini. Selepas keluar dari hospital, kakak ipar saya datang melawat. Beliau yang dah berpengalamn dapat mengesan warna kuning pada anak saya lantas menyuruh saya ke hospital.. Bacaannya pada ketika itu ialah 17.agak tinggi!

Dalam keadaan lemah dan belum sihat selepas melahirkan anak, saya terpaksa menunggu anak di wad selama 8 malam kerana bacaan jaundisnya yang lambat turun. Semua petua yang diberikan oleh kawan kawan dan orang orang tua, semua dah saya turuti walaupun dilarang oleh nurse dan doktor. Namun keinginan melihat anak saya sihat seperti bayi lain, dan keinginan keluar dari wad begitu tinggi saya cuba semuanya..

Akhirnya doktor yang memeriksa anak saya tu kesian melihat saya yang merayu untuk pulang kerumah,membenarkannya walaupun bacaannya pada ketika itu ialah 13 (masih tinggi!) Saya masih perlu berulang ke hospital untuk pemantauan dan diambil darah...apa yang memeranjatkan..bacaan jaundisnya semakin meningkat dan daya dikehendaki masuk wad untuk kali kedua kerana jaundis!

Dengan perasaan yang berat hati, saya turutkan juga kerana takutkan risiko yang tidak diingini... Saya meyusukan anak seperti biasa..tapi kali ini saya gandakan lagi bacaan doa dan selawat terpilih... Ya Allah...bantulah hambaMu ini...

Pagi sebelum doktor memeriksa (tapi nurse dah cucuk tapak kaki anak utk ambil darah) saya mendapat panggilan telefon dari ibu saya memberitahu bahawa abang saya meninggal dunia... Sebaik sahaja doktor datang saya terus menangis memberitahu saya perlu keluar wad hari ini juga kerana abang saya meninggal dunia. Doktor pun membenarkan...dan saya pun terlupa nak tanya berapa bacaan jaundis anak saya pada ketika itu...tapi doktor sempat berpesan agar saya datang lagi untuk ambol darah anak...

Setelah 25 hari barulah Muhammad Aiman disytiharkan bebas dari JAUNDIS...syukur padaMu YaAllah








Categories:

0 comments:

Catat Ulasan