Ahad, 14 Oktober 2012

Ditulis pada hari Ahad, 14 Oktober 2012 No comments

Kami akan ke Bukit Malawati bila ada kelapangan. Agak kerap juga kerana daya tarikannya yang tersendiri...bukan kesan sejarahnya yang mendorong kami datang...tapi kerana monyet! (lotong)

Untuk ke Bukit Malawati kami akan membawa bekal makanan untuk Sang Monyet...kebiasaannya kami beli kacang panjang di Tesco,sebelum ke sana (sambil menyelam minum air...hihi..) kerana harga kacang panjang di atas Bukit Malawati lebih mahal.

Bila sampai di sana, ramai juga peminat Saxng Monyet ni rupanya....seperti biasa saya hanya duduk dalam kereta atau paling tidak pun saya ambil gambar daripada jauh...sebenarnya saya takut! Sementara Aiman pula langsung tidak takut...dia kejar Sang monyet..nak pegang ekor monyet...eee...saya pulak yang ngeri..saya tengok bukan aiman takut dengan monyet...tapi monyet yang takut dengan Aiman...:-)








Categories:

0 comments:

Catat Ulasan