Sabtu, 4 April 2015

Ditulis pada hari Sabtu, 4 April 2015 1 comment

Tatacara Solat Gerhana (Sabtu ini, insha Allah).

1) Ia dua rakaat
2) Membaca surah al-Fatihah dan surah yang panjang seperti al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah paling panjang yang kita hafal.
3) Melakukan ruku’ yang panjang
4) Bangun dari ruku dan membaca al-Fatihah serta surah yang pendek sedikit daripada surah sebelumnya
5) Melakukan ruku’ yang panjang tetapi pendek sedikit daripada ruku’ sebelumnya
6) Melakukan sujud yang panjang
7) Duduk antara dua sujud
8) Sujud dengan sujud yang panjang
9) Melakukan rakaat kedua seperti rakaat pertama
10) Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemaah
11) Selepas solat, sunat untuk imam memberi nasihat dan amaran, serta menyeru makmum membanyakkan doa, istighfar dan amal soleh yang lain.

Sunnah lain ketika gerhana:

1) Sedekah
2) Berdoa
3) Takbir (Allahuakbar)
4) Mengingati kebesaran dan takut azab Allah

Dalil-dalil berkaitan:

Solat gerhana-

عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Daripada 'Aisyah radiallahu 'anha, beliau berkata: Gerhana matahari telah berlaku di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاسِ،
Lalu baginda mendirikan solat bersama orang ramai.

فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ،
Baginda berdiri dan memanjangkan berdirinya. Kemudian ruku' dan memanjang ruku'nya.

ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهْوَ دُونَ الْقِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ، وَهْوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ،
Kemudian berdiri dan memanjangkan berdirinya tetapi lebih pendek daripada berdiri yang pertama. Kemudian baginda ruku' dan memanjangkan ruku'nya tetapi lebih pendek daripada ruku' yang pertama.

ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ، ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الأُولَى،
Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujudnya. Kemudian baginda melakukan perkara yang sama dalam rakaat kedua sebagaimana dalam rakaat pertama.

ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدِ انْجَلَتِ الشَّمْسُ، فَخَطَبَ النَّاسَ، فَحَمِدَ اللَّهَ، وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ
Kemduian, baginda selesai solat ketika gerhana telah pun tamat. Kemudian baginda berkhutbah, baginda memuji Allah lalu berkata:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ،
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang.

فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا .
Apabila kalian melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah solat, dan bersedekahlah.

ثُمَّ قَالَ : يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ، وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنَ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ، يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ، وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا
Kemudian baginda berkata: Wahai umat Muhammad. Demi Allah! Tiada yang lebih cemburu daripada Allah apabila ada hambanya lelaki atau perempuan yang berzina. Wahai umat Muhammad. Demi Allah! Jika kalian tahu apa yang aku tahu, kalian akan sedikit ketawa dan banyak menangis.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1044]

Kefahaman karut-

عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، قَالَ كَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ،
Al-Mughirah bin Syu'bah radiallahu 'anhu berkata: Matahari telah gerhana di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pada hari meninggalnya Ibrahim (anak lelaki baginda)

فَقَالَ النَّاسُ كَسَفَتِ الشَّمْسُ لِمَوْتِ إِبْرَاهِيمَ.
Orang ramai berkata: Gerhana matahari berlaku kerana kematian Ibrahim.

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ
Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang. Apabila kalian melihatnya, solatlah dan berdoalah kepada Allah.
[Sahih al-Bukh

Categories: ,

1 comments: