Sabtu, 10 Januari 2015

Ditulis pada hari Sabtu, 10 Januari 2015 No comments

Bila suamiku demam....
Makan minum tidak selera
Apa yang dimakan hambar belaka
Anak-anak sunyi tiada teman ketawa
Suri sepi tanpa teman bicara
Abi nak makan apa?
Abi diam tanpa bicara
Abi berehat tidak bermaya...
Terkenang aku akan cerita
Kekanda suamiku suatu ketika
Jika adindanya tiada selera
Nasi airlah jawabnya..
Air tangan aruah bunda
Orang demam pun celik mata
Makan dengan penuh selera
Aku belajar cara membuatnya...
Kuhidangkan menu warisan bunda
Buat suamiku yang kucinta
Tersenyum lemah dia
Memandang wajahku tanpa bicara
Terima kasih kerana bijak meneka
Selera orang demam katanya
Nasi air warisan bunda

************************

Rebus beras hingga benar benar lembut. Lebih kurang 2-3 jam. Masukkan lobak putih (jika kosong saja pun boleh)

Hidangkan bersama :
Ikan bilis goreng
Ikan masin
Cili kering goreng
Kacang tanah
Telur masin
Bawang goreng
Sedikit daun sup

#tak jadi demam beb! :-)

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan