Sabtu, 24 Januari 2015

Ditulis pada hari Sabtu, 24 Januari 2015 No comments

Kisah hari pertama persekolahan abang Aiman. Sesi paginya ialah sekolah agama iaitu sekolah SRA Ehya ul Falah. Sesi persekolahan bermula jam 8 pagi - 11.05 pagi. Seawal jam 7.05 saya dah hantar ke sekolah. Hari pertama saya ambil cuti untuk menguruskan pelbagai perkara. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Sesi petang pula abang Aiman bersekolah di SK Seri Makmur. Sesi persekolahan bermula jam 12.55..walaupun sekolah nya berdekatan dengan tempat jerja saya tapi saya tak boleh sewenang-wenangnya keluar waktu bekerja...ini bermakna saya tidak dapat menguruskan makan pakai dan pengangkutan nya untuk hari berikutnya nanti. Van dan rumah transit diperlukan. Syukur semuanya juga berjalan dengan baik.

Ya Allah lindungilah anakku. Mudahkanlah urusannya.

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan