Ahad, 7 Disember 2014

Ditulis pada hari Ahad, 7 Disember 2014 1 comment


Apa Itu TAWAS
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)adalah sebuah program yang dikendalikan oleh yayasan warisan anak Selangor dimana mereka akan mendaftarkan anak anak yang berumur tidak melebihi 3 tahun bermula dari 9 Julai 2011.
Faedah Mendaftar TAWAS
Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak anak ini berpeluang menerima RM 1500 seorang hasil daripada pelaburan TAWAS.
Syarat-syarat Permohonan TAWAS
Syarat 1
Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
2. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor,ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.
Syarat 2
Permohonan adalah terbuka kepada ‘Anak yang dilahirkan di Selangor’ yang memenuhi kriteria seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
3. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun. ATAU Cop pengesahan Taraf mastautin
Syarat 3
1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Pahang) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008.
3. **Ibu atau Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan Selangor ( Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Pahang )
**Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa adalah pemastautin tetap di negeri Selangor yang bersempadan dengan daerah negeri kelahiran ( Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Pahang ) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada Ketua Kampung, Penghulu dan Pengerusi Taman Perumahan Sahaja.
Dokumen Yang Diperlukan
Bawa salinan dan dokumen asal :
1. Sijil lahir anak ATAU
2. Mykid anak
3. Mykad Ibu
4. Mykad Ayah
5. Mykad Penjaga ( Jika perlu )
6. Surat perakuan anak angkat ( Jika perlu )
Dimana Boleh Mendaftar TAWAS
1. Pejabat ADUN
2. Pejabat Daerah
3. Penghulu / Ketua Kampung
4. Pihak Berkuasa Tempatan
5. Yayasan Warisan Anak Selangor
6. Online di www.tawas.org.my












1 comments: