Selasa, 4 November 2014

Ditulis pada hari Selasa, 4 November 2014 1 comment

Ukhuwah Fillah

Album : Generasiku
Munsyid : Suara Generasi
http://liriknasyid.com

Di bumi ini, kita ditemukan
Satu arah, satu perjuangan
Satu aqidah, satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan

Ukhuwah fillah, tidakkan musnah
Walaupun ombak walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai'ah

Bertemu, berpisah
Hanya kerana-Nya semata
Redha Allah kita cari
Moga-moga kita akan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi

Demikian manisnya, mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuhi hati
An-nur suci dari-Mu Rabbi

Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Redha Allah dipohoni

Lagu : Asfa Mawaddah
Lirik : Asfa Mawaddah

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Nasyid di atas mengingat kan saya zaman belajar di SAMT Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah , Batu 38 , Sabak Bernam Selangor. Manisnya ikatan Ukhuwah...

Hari ini kami rakan sekerja terus mencipta kenangan-kenangan terakhir sebelum salah seorang ahli bilik kami  bersara hujung minggu ini.

Majlis simple makan makan santai ditaja oleh Dr Hj Jamali (akan bersara) dan Datin Suhaida Azira.

Menu : pulut dan sambal udang
         : Nasi impit kuah kacang
         : Steamboat
         : kek coklat
         : tembikai susu + asam boi
         : Teh O Ais dan Tea 0 panas

Categories:

1 comments: