Sabtu, 15 November 2014

Ditulis pada hari Sabtu, 15 November 2014 No comments

Saya akui..sejak Kebelakangan ini jarang sangat saya menulis entri mengenai resepi. Nampak sangatlah yang saya jarang masak terutamanya hari bekerja. Pagi tadi ada permintaan dari En. Suami minta masak nasi goreng belacan. Hehehe. ...suami pun dah jemulah tu sarapan di luar.. Sebelum ini memang kami sekeluarga jarang sangat makan di luar atau beli makanan di luar.  Chef bertugas sepenuh masa. Cakap je nak makan apa...Insyallah akan dituruti. Sekarang chef dah jadi baby sitter. Jika baby tak tidur, tiada peluang lah nak masak resepi pilihan.

NASI GORENG BELACAN

Bahan-bahannya :

2 mangkuk nasi putih
5 biji cili api hijau dan 1 batang lada merah
1 labu bawang besar
segengam bilis yg dah siap dikopek
belacan - sebesar ibu jari
3 biji bawang putih
2 biji telur.
Sedikit sayur kangkung (jika mahu)

Cara-caranya

* tumbuk lumat bawang besar,bawang putih,cili padi,cili merah .

* masukkan belacan dan tumbuk lagi.

* masukkan ikan bilis dan tumbuk sekejap sahaja..lebih sedap jika ditumbuk tidak begitu hancur.

* panaskan kuali,masuk sedikit minyak,goreng 2 biji telur..bila hampir masak hancur-hancurkan telur tu.angkat.

* tumis bahan-bahan yang di tumbuk tadi hingga kekuningan dan berbau wangi. Masukkan kangkung..
masukkan nasi,gaul rata..perasakan masinnya..

* masukkan telur yang telah dihancurkan tadi..gaul rata dan tutup api.
sedia dihidang.

Selamat mencuba..
P/s : tak sempat nak deko2...baby Imran dah jaga. Bye!

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan