Isnin, 3 November 2014

Ditulis pada hari Isnin, 3 November 2014 2 comments

Ya. Air tangan, perkara yang kecil jer kan? Sesungguhnya air tangan wanita mempunyai rahsia yang tersendiri. Rahsia kasih sayang, lebih hebat daripada penangan air guna-guna. Kenapa tidak? Kita ini manusia yang dikuasai oleh akal dan minda. Akal dan minda hanya akan berfungsi sempurna apabila perut terisi sewajarnya.

Bila bercakap tentang sewajarnya, bermaksud makanan yang masuk ke tekak itu sedap dimakan dan mengenyangkan. Ya, memang banyak makanan yang sedap dan enak serta mengenyangkan dijual di merata tempat. Apa nak susah? Beli saja, dah tercapai lah hasrat mengisi perut suami dengan sewajarnya. Betul tu, memang betul. Cepat dan segera. Namun, secepat dan sesegera itu juga kasih sayang suami akan pudar. Kenapa? Kerana tiada bezanya bagi si suami sama ada berkahwin atau bujang jika tetap merasa masakan gerai atau restoran.

Sememangnya apabila telah bergelar suami, antara perkara yang suami fikirkan ialah: makan pakaiku terjaga.

Sumber info :
http://www.ikahwin.my/blog/218-bersama-suzana-rahsia-air-tangan-isteri

♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Salam Ukhuwah buat semua. Lama sangat suteraUngu tidak memasukkan gambar makanan di blog ini. Sejak beranak kecil ni banyak makan lauk beli di kantin sekolah je terutamanya pada hari bekerja. Syukur alhamdulillah suamiemahami. Walaupun tanpa rela.. namun ku lakukan juga kerana kekangan masa. Sementara pada hujung minggu pula ada saja kenduri atau program yang tidak memungkinkan untuk saya beraksi di dapur.

2 November 2014 iaitu hari Ahad baru ni saya berpeluang masak untuk ahli keluarga saya. Simple tapi mendapat pujian suami dan anak. Syukur alhamdulillah Allah SWT beri peluang saya beri makan 'air tangan' saya pada mereka. Semoga ianya mampu menambah Ukhuwah, kasih sayang, mahabbah wa rahmah dalam keluarga kami.

Berikut adalah lah menu kampung air tangan isteri :
1 ) Mangga masak ranum untuk pembuka bicara.

2) Sardin + kentang + tomato.

3) pucuk ubi rebus (baru petik terus rebus). Suami saya jika makan lauk Sardin... pucuk ubi rebus memang tidak dapat di pisahkan.

4) Urap /kerabu kacang panjang.. juga baru petik di Taman Herba di SMK Sg Besar. Sambal urap bonda yang buat. Simpan je dalam peti sejuk untuk memudahkan kerja-kerja di dapur.

5) Ikan gelama masam /ikan gelama rabuk.

http://suteraungu87.blogspot.com/2014/01/ikan-gelama-rabuk.html?m=1

6) Telur dadar. Saya jika menu sardin, telur dadar tidak dapat dipisahkan. Mesti ada.

http://suteraungu87.blogspot.com/2013/01/telur-dadar-bersayur.html?m=1

Categories: ,

2 comments: