Isnin, 6 Oktober 2014

Ditulis pada hari Isnin, 6 Oktober 2014 2 comments

Usianya 6 tahun. Seperti kebiasaannya kanak-kanak seusianya gigi susunya sudah banyak yang bergoyang...dan hari ini pengalaman pertama buatnya...sebatang daripada giginya sudah tercabut!

♡♡♡♡★♡♡★★♡★♡♡♡♡♡♡★★♡

Allah swt mencipta manusia dengan 2 set gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal. Gigi susu berjumlah 20 batang manakala gigi kekal pula berjumlah 32 batang. Secara fizikal dan anatominya, gigi susu berwarna putih, bersaiz lebih kecil, mempunyai lapisan enamel dan dentin yang nipis tetapi lapisan pulp yang besar. Gigi kekal pula berwarna sedikit kuning atau krim, bersaiz lebih besar, dan mempunyai lapis enamel dan dentin yang tebal tetapi lapisan pulp yang lebih kecil.

Kesemua 20 batang gigi susu kanak-kanak biasanya sedikit jarak manakala gigi kekal akan tumbuh sebelah menyebelah dan rapat.
Gigi susu akan keluar dari gusi kanak-kanak seawal usia 6 bulan dan menjelang usia mereka 2-3 tahun, kesemua 20 batang gigi akan muncul dari gusi anak.

Pada usia anak menjelang 6 tahun, bermulalah episod di mana gigi susu akan mula luruh secara semula jadi (ingat, ini proses semula jadi, bukan luruh disebabkan kerosakan gigi atau penderaan) dan gigi kekal akan tumbuh menggantikan gigi susu tadi. Fenomena gigi susu luruh dan gigi kekal tumbuh menggantikan gigi susu terus berlaku sehingga mereka berusia 12-13 tahun.

Jika kita melihat secara keseluruhan, gigi susu memberikan perkhidmatannya selama hampir 11.5-122.5 tahun. Ini satu tempoh yang lama bukan?

Adakah ciptaan Allah swt itu sia-sia? Tidak!

Sumber info :

http://www.imedik.org/jangan-abaikan-penjagaan-gigi-susu/

Categories: ,

2 comments: