Isnin, 15 September 2014

Ditulis pada hari Isnin, 15 September 2014 2 comments
Ibuku seorang yang hebat. Di usianya 72 tahun beliau masih mampu menjalankan tanggung jawab nya pada agama dan masyarakat. Kadangkala terfikir di dalam hatiku. .mampukah aku menuruti jejak langkahnya...

Meskipun berpendidikan hanya darjah 6, namun ilmunya menyamai dan ada kala melebihi aku yang berkelulusan ijazah. Daya ingatannya sangat kuat, mampu menghafaz doa, selawat malah ayat al quran walaupun yang surah dan doa yang panjang-panjang.

Seorang yang peramah dan ceria. Oleh itu beliau disenangi oleh rakan-rakannya. Jika lama berada di rumah anak-anak, pasti beliau gelisah kerana merindui kelas pengajiannya bersama rakan-rakan. Meskipun tinggal bersendirian di rumah namun hakikatnya beliau tidak sunyi. Ada saja rakan yang datang menemani hingga lewat malam sambil ingin belajar itu dan ini.

Ada yang belajar memperbaiki bacaan al quran dan bacaan dalam solat, ada yang belajar solat sunat malah ada yang belajar tentang perkara-perkara fardhu 'ain.

Biasanya rakan-rakan beliau datang bukan dengan tangan kosong. Ada yang datang membawakan pisang, betik, ubi, kangkung, labu, jagung dan pelbagai makan. Malah ada yang membawakan lauk mentah dan lauk yang sudah dimasak.  Meriah sangat.
Wajah insan yang hatinya sentiasa ada al quran (pakai spek hitam Sebab baru operate 
mata)
Mentahnikkan Muhammad 'Imran di hospital
Mengajarkan Muhammad Aiman mengaji

Baca buku sambil bercerita tentang kisah nabi



Sutera Ungu menyamar jadi sutera kuning

Makan malam bersama ibuku di Sekin Resort

Inilah kami...yang masih Allah pinjam kan nyawa..

Bersama ratu hati kami




Melayan tetamu di hari raya
Bercerita diselitkan nasihat


Panjang sembangnya tu...


Bersama sebahagian anak-anak


Rajin dan masih bertenaga


Sentiada ada di saat kami memerlukan



Banyak ilmu dan petua


Sekali bergaya macam datin kan.

Melayan kerenah cucu


Inilah di antara BBF 





Solat berjemaah

Senyuman manis 
Dia...ibuku...
Categories: ,

2 comments:

  1. Masyaallah tabarakallah..bersyukurlah dapat ibu sebegini..sejuk hati tengok..

    P/s, nak tanya..ada kena mengena buah ciku dengan sabut tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://suteraungu87.blogspot.com/2014/03/ciku-atau-nama-sainsnya-achras-zapota.html?m=1

      Padam