Di suatu petang.....
Di luar rumah...riuh rendah suami dan anak saya memberitahu kucing yang kami panggil Mama berbunyi2 dan mencari tempat untuk beranak/bersalin. Dah pecah ketuban kata suami kepada saya...tandanya semakin hampir Mama ingin melahirkan anaknya. Saya minta Aiman masuk ke rumah. Jangan ganggu Mama nanti dia susah nak bersalin. Aiman yang agak keberatan untuk masuk akhirnya masuk juga....tapi mengintai dari tingkap perlahan - lahan agar tidak disedari oleh Mama.
Saya pun meneruskan kerja di dapur. Sekadar masak nasi dan sayur untuk juadah berbuka puasa suami saya. Selebihnya saya beli dari kantin sekolah. Di saat kandungan sudah mencecah 36 minggu ini, saya jarang masak. Hanya beli lauk di luar. Suami pun faham keadaan saya. Kadang-kadang nasi pun kami beli juga jika keadaan masa yang suntuk.
Tiba- tiba saya di kejutkan oleh jeritan Aiman..."Umi....Mama dah bersalin. Babynya ada 2 warna hitam."jeritnya dengan gembira dan teruja. Dalam hati saya bersyukur. ..begitu mudahnya kucing yang kami panggil Mama melahirkan anak. Semoga Allah juga memberikan saya kemudahan ketika melahirkan "Putera Multazam" kami nanti.
Maka...dengan ini bertambah lah ahli keluarga kucing kami. Caca, Cici, Mama dan 2 ekor anak Mama yang belum bernama. Sedang saya mencari-cari nama yang sesuai untuk anak kucing kacukan Parsi itu...Aiman minta saya menemaninya untuk melawat 'baby' kucing yang baru lahir. Rupa-rupanya dengan pantas Mama telah menyembunyikan anaknya entah ke mana. Saya mencari di kawasan yang berhampiran namun tiada..Suami memujuk Aiman. ..."Mama nak jaga keselamatan anaknya supaya tak ada yang mengganggu. Nanti bila anaknya dah besar sikit dia akan bawa jumpa kita"...panjang lebar suami saya menerangkan.
Sebenarnya Mama ni dari keturunan kucing Parsi (bulu kembang) dia datang ke rumah kami ketika kami baru menjaga Cici dan Caca yang masih kecil. Saya pun tak tahu siapa tuannya. Setiapkali waktu Caca dan Cici makan...kucing Parsi ni pun datang. Tumpang makan sekali.Lagi-lagi jika makan ikan tuna. Siap dia yang habiskan semua makanan Caca dan Cici yang tak habis. Tu sebab kami panggil Mama...Mama kepada Cici dan Caca. Dapatlah Cici dan Caca menumpang kasih dengan Mama angkatnya.
Pagi tadi sebelum pergi ke sekolah. .. Mama ada menunggu di depan pintu seperti kebiasaannya. Oh...cepat sungguh Mama ni sembuh. Allah mudahkan urusan binatang kerana binatang tidak berdosa. Tapi....mana anak Mama.....mana baby Mama... Kami tunggu je la hingga Mama keluarkan anaknya dari persembunyiannya...
sangat comel :)
BalasPadamKucing ke tuan kucing yg comel tu...hihi
Padam