Sabtu, 26 April 2014

Ditulis pada hari Sabtu, 26 April 2014 2 comments
Skan 3-D adalah gambar-gambar tidak bergerak yang menunjukkan bayi dalam tiga dimensi, seperti foto-foto yang anda pernah lihat dalam surat khabar dan majalah. 

Skan 4-D (waktu merupakan dimensi keempat) adalah imej 3-D bayi yang bergerak. 
Jika anda bercadang untuk membuat skan 4-D, anda akan diberi rakaman CD atau DVDnya.

Anda mungkin menunggu-nunggu skan pertama anda, tetapi menjadi kecewa apabila melihat rangka kelabu kabur yang merupakan imej dua-dimensi yang biasa. Ini disebabkan skan terus menembusi bayi, jadi foto-foto itu menunjukkan organ-organ dalaman bayi. 

Dengan skan 3-D dan 4-D, anda akan lihat kulit bayi menutupi organ-organ dalamannya. 
Anda boleh lihat bentuk mulut dan hidung bayi anda, lihat dia menguap atau menjelir lidahnya, dan boleh menentukan secara kasar samada rupanya seakan mama atau abah. 

Subhanallah. ....

Subhanallah. ...

Masa paling baik untuk mendapatkan skan 3-D atau 4-D adalah antara 26 minggu hingga 30 minggu. Sebelum 26 minggu bayi anda mempunyai terlalu sedikit lemak di bawah kulitnya, jadi tulang muka boleh ternampak melalui kulit. Selepas 30 minggu kepalanya mungkin telah masuk agak dalam di pelvis anda, jadi anda mungkin tak dapat lihat muka bayi anda. 

Sudah tentu anda mahu lihat muka bayi anda dalam skan itu, tetapi ini tak selalunya berlaku - semuanya bergantung atas posisi bayi anda. Jika dia terbaring muka ke atas, dengan banyak cecair amnion mengelilingi raut mukanya, anda akan dapat lihat mukanya dengan jelas. Tetapi, jika dia terbaring menghadap belakang anda, atau tidak begitu banyak cecair mengelilinginya, atau jika anda mempunyai banyak lemak perut, tidak banyak yang dapat dilihat. 

Kadangkala doktor akan menyuruh anda pergi berjalan-jalan dahulu atau datang lagi dalam masa seminggu apabila bayi anda telah beralih ke posisi yang lebih baik. Jika betul-betul tidak dapat melihat mukanya dengan jelas, anda boleh melihat jari-jari tangan dan kakinya. 

Sumber info : Www.babycenter.com.my


Dr. Siti Rohani
Sonographer di Metro Maternity Kuala Selangor


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Entri yang lalu saya  kongsikan pengalaman saya menjalani detail scan dan scan 3D 4D ini adalah pakej daripada detail scan tersebut. Tiada bayaran tambahan.

Jika detail scan tempohari saya lakukan 2 kali untuk menyempurnakan nya, scan 3D 4D ini saya lakukan sebanyak 3 kali. Ini adalah kerana posisi bayi. Hingga minggu ke 34 barulah dapat melihat mukanya.

Bila melihat wajahnya...kami semakin teruja dan tidak sabar ingin menyambut ahli baru dalam keluarga. Mohon doakan saya terus diberikan kesihatan yang berpanjangan dan semoga bayi ini sihat dan sempurna dan mudah dilahirkan.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Blog Metro Maternity Kuala Selangor
Admin : Dr Siti Rohani

babyworld3d4d.blogspot.com/2013/09/3d4d-gallery.html?m=1
Categories: ,

2 comments:

  1. Alhamdulillah, kandungan akak dah semakin membesar ya.
    Semoga segala urusan dipermudahkan Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukran ainim...doakan akk ye dik!

      Padam