Khamis, 17 April 2014

Ditulis pada hari Khamis, 17 April 2014 2 comments

Pemeriksaan ektrokardiogram (ECG) adalah pemeriksaan kesihatan terhadap aktiviti elektrik jantung. Elektrokardiogram adalah rakaman aktiviti elektrik jantung sebagai grafik jejak garis pada kertas grafik. Bentuk jejak garis tersebut dinamakan gelombang (wave). Proses perakaman aktiviti elektrik jantung dalam bentuk graf. 

Apa yang Tujuan Pemeriksaan ECG?

Pemeriksaan ECG bertujuan untuk menilai kerja jantung, apakah normal atau tidak normal. Beberapa hal yang dapat ditunjukkan oleh pemeriksaan ECG adalah:

★ Laju (kecepatan) denyut jantung
★ Ritme denyut jantung
★ Kekuatan dan “timing” signal eletrik saat melalui bahagian  tertentu jantung anda.

Denyut jantung dinilai normal jika:-)

Ritme denyut jantung beraturan, biasanya antara 60 – 100 denyut per minit.
Pola denyut jantung normal.

Sumber info : olvista.com


♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Pengalaman saya mmenjalani ujian ECG. 

Atas nasihat doktor, saya menjalani ujian ESG di Pusat Kesihatan Sungai Besar pada petang semalam jam 4.15 petang 17 April 2014. 

Ketika ini kandungan saya sudah mencecah 33 minggu. Ujian ini diuji ke atas saya atas faktor berat badan. Rasanya tidak semua ibu mengandung melalui pengalaman ini.

Ketika saya masuk ke Unit Kecemasan (ujian ECG memang dibuat disini) keadaan sunyi. Ada 2 orang sahaja Jururawat yang bertugas. Memandangkan hari sudah menjelang petang saya sangat berharap urusan saya di sini tidak lama.

Lebih kurang 5 minit kemudian saya diminta baring di atas katil. Langsir pemisah pun ditarik. Debaran saya kian terasa. Bagaimanakah 'kesihatan' jantung saya..
Jururawat seperti tahu apa yang bermain di fikiran saya...relex ye...jangan stress...kejap lagi kita nak pasang alat ECG......Kata Jururawat yang mengendalikan sesi ini.
Dengan cekap Jururawat memasang wayar di kiri kanan tangan, kaki dan di dada. Saya tak pasti berapa jumlahnya...Setelah selesai keputusan ECG pun keluar dalam bentuk memanjang seperti resit pasaraya. (Dalam gambar di atas)

Syukuur alhamdulillah...keputusan bacaan jantung saya normal dan tiada bacaan yang abnormal ditemui..

(Gambar hiasan ihsan google)
Categories: ,

2 comments: