Ahad, 23 Mac 2014

Ditulis pada hari Ahad, 23 Mac 2014 3 comments
Pelbagai pakej percutian yang dirancang ketika cuti sekolah begini. Ada yang memilih untuk bercuti ke luar negara dan ada juga yang memadai bercuti dalam negara. Ada yang memilih pergi bercuti menaiki pesawat ada juga yang memilih menaiki bas mahu pun kenderaan sendiri.

Apa pun pilihan anda, saya pasti semuanya inginkan keselesaan untuk meredakan tekanan bekerja sambil membawa keluarga berehat bersama.

Gambar Hiasan daripada Pakcik Google. 



Sementara saya pakej percutian yang menjadi pilihan ialah bersantai di atas katil rumah sendiri. Berada di trimester ketiga kehamilan, inilah aktiviti yang cukup menarik. Berehat.Hehehe......♥

Di mana pun anda ketika ini saya berharap anda telah mengambil langkah keselamatan sebelum dan semasa merancang percutian di samping memanjatkan doa kehadrat Ilahi agar apa yang kita lakukan walau di mana jua mendapat keredhaan Allah SWT.

Di sini saya ingin berkongsi doa yang diamalkan oleh Abu Darda' ketika beliau meninggalkan rumah.



Sumber info : Buku Manzil Rasam  
Uthmani


Talha ra meriwayatkan "seorang telah datang kepada Abu Darda RA dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar.

Abu Darda RA menjawab: "tidak, rumah saya tidak terbakar."

Kemudian datang seornag lagi dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar

Kemudian ada datang seorang lagi dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar dan Abu Darda RA memberi jawapan yang sama.

Pada kali ke-4 seorang telah datang dan memberitahu Abu Darda. "wahai Abu Darda RA! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah terpadam!"

Abu Darda RA memjawab: "saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan membakar rumah saya.Rasulullah SAW telah mengajar saya satu doa yang mana jika dibaca selepas subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (saya telah membaca kalimah-kalimah itu selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."

Selamat bercuti. 
Semoga kita semua berada dalam perlindungan Allah SWT

Categories:

3 comments: