Isnin, 24 Februari 2014

Ditulis pada hari Isnin, 24 Februari 2014 No comments


Pernahkah anda makan tumis betik?

Ini merupakan satu lagi menu warisan almarhumah bunda mertua saya. Pada awal perkahwinan saya dulu, saya memang tidak pernah merasa atau melihat betik di tumis ... Namun...kini ia telah menjadi kegemaran saya.

Betik yang dipilih ialah betik yang sudah mula menguning...mengkal tapi belum masak.  Ini kerana betik di peringkat ini sudah mula mengeluarkan rasa manis bila di tumis.


Ia lebih enak jika ditumis dengan udang basah dan cili padi...



Namun. ..kali ini saya tumis bersama ikan bilis kerana tiada stok udang basah dalm peti sejuk..

Cara masaknya pun mudah...tumbukkan cili padi, bawang merah dan ikan bilis.  Kemudian ditumis.  Letakkan sedikit air dan garam secukup rasa....

Sudah sedia untuk di makan...Jom!



Categories:

0 comments:

Catat Ulasan