Rabu, 12 Februari 2014

Ditulis pada hari Rabu, 12 Februari 2014 6 comments

KUALA PILAH – Ibu mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu bayi pertama yang dikandungnya adalah kembar.Persiapan sudah dilakukan, bahkan barang keperluan termasuk baju baharu untuk menyambut kelahiran pasangan bayi berkenaan sudah dilakukan.

Namun, kegembiraan seorang ibu muda di sini bertukar menjadi saat menyedihkan apabila seorang daripada bayinya meninggal dunia selepas dilahirkan, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.

Semuanya dikatakan berpunca daripada perkhidmatan sebuah hospital di daerah ini yang didakwa tidak cekap sehingga mengakibatkan Sharifah Kalsum Syed Abu Bakar, 22, lewat menerima rawatan, sebelum terpaksa menjalani pembedahan secara tergesa-gesa.

Sharifah Kalsum berkata, kejadian bermula kira-kira 2.30 petang 14 Januari lalu apabila dia ke hospital itu selepas terasa sakit hendak bersalin.“Saya rasa sakit di pinggang dan berlaku kontraksi.

Waktu di bilik bersalin, tiada doktor pakar, hanya doktor pelatih sahaja.“Saya merayu kepada jururawat supaya percepatkan proses kelahiran, tapi doktor memberitahu, pembukaan di pangkal rahim saya ketika itu hanya dua sentimeter menyebabkan saya dimasukkan ke wad biasa," katanya yang kemudian diberikan ubat tahan sakit sebelum terlena.

Menurutnya, keesokan harinya, dia sekali lagi memanggil jururawat kerana berasa seperti mahu bersalin.“Saya sudah tidak bermaya untuk menahan sakit, tetapi jururawat menjawab dengan kurang sopan, malah seolah-olah memerli saya," katanya.

Sharifah Kalsum berkata, antara jam 6.30 dan 7 petang pada 16 Januari, dia dikejutkan jururawat bertugas untuk melakukan pemeriksaan cardiotopograph atau CTG untuk mengesan kadar degupan jantung bayi.

"Ketika itu, saya mendengar degupan jantung sebelah kanan, manakala sebelah kiri tiada apa-apa reaksi atau bunyi degupan jantung.“Jururawat itu tidak maklumkan apa-apa sehingga jam 7.30 pagi, seorang doktor memeriksa saya.

Ketika doktor periksa sekali lagi kira-kira 15 minit kemudian, degupan jantung bayi kiri sudah tiada menyebabkan doktor meminta saya ke bilik bersalin kira-kira 8.30 pagi," katanya.Katanya, dalam keadaan panik, seorang doktor meminta pembedahan kecemasan segara dijalankan bagi menyelamatkan bayinya.

Menurutnya, kira-kira 10.05 pagi, bayi pertama yang masih hidup dikeluarkan, namun seorang lagi sudah meninggal dunia ketika dikeluarkan seminit kemudian."Bayi pertama berat 2.33 kilogram (kg) manakala yang kedua 2.07 kg.

Pada mulanya saya ingat bayi pertama yang dikeluarkan berjaya diselamatkan, namun kira-kira 12 tengah hari, suami memberitahu bayi kami itu juga sudah meninggal dunia," katanya.Bayinya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Melang selepas solat Asar.

Sementara itu, suami Sharifah Kalsum, Muhd Azmi Hashim, 30, berkata, dia kecewa dengan sikap kakitangan hospital terbabit sehingga menyebabkan nyawa anaknya tidak dapat diselamatkan.Malah, katanya, dia juga kesal kerana pihak hospital belum menjelaskan punca kematian pasangan kembar itu.

“Saya hanya mahu tahu punca sebenar kematian bayi kembar saya. Itu sahaja,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Melang.Sinar Harian cuba menghubungi pihak hospital dan salah seorang kakitangannya memberitahu, pihak hospital akan memberi maklum balas berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.


Sumber info : WWww.sinarharian.com

Categories: ,

6 comments:

  1. sudah takdir..ada hikmah atas setiap yg berlaku..semua pihak mesti ambil iktibar..

    BalasPadam
  2. Jika diatas kecuaian pihak hospital perlu bertanggungjawab.... Tapi tetap sedih...yang pergi tetap x blh kembali...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu nadia....semoga tabah si ibu menghadapi ujian besar ini

      Padam