Ahad, 2 Februari 2014

Ditulis pada hari Ahad, 2 Februari 2014 No comments

Kucing adalah suatu binatang yang sangat akrab dengan kehidupan manusia. Berperwatakan manja, makhluk Allah ini menjadi teman kepada manusia sejak dari dulu lagi.

Banyak manfaatnya yang dilahirkan daripada kucing ini. Yang paling penting, manfaatnya ialah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. 

Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya.

Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeow ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius.

Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.

Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.

Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk.

Sumber info : sohoque.com


*******************************************

Kisah anakku Muhammad Aiman yang sungguh penyayang...memujuk abi dan unminya untuk memelihara makhluk kecil yang istimewa ini...

Pada awalnya kami  tidak membenarkan si bujang kecil ni meneruskan hasratnya...namun kerana rajuknya yang panjang...'mencairkan' hati abinya...kebetulan pula ada kawan yang sudi memberikan sepasang kucing secara percuma...lebarlah senyum Muhammad Aiman. ..

Inilah Si Caca dan Cici. ..
Gelagatnya menghiburkan hati..
Lihatlah gambar berikut...

Caca memerhatikan basikal Aiman...macam ada hadrat nak naik j..


Eh...eh...dah mula pegang-pegang tu...naik  basikal ke. .


Op...op..op...pegang kuat kuat tau...


Eh...hati hati...nani jatuh


Wah..wah..wah...dah sampai atas tu

Nampaknya Caca cuba mengajak Cici naik basikal

Eh? Kenapa pulak ni? Macam merajuk je...


Dah...dah...jangan merajuk lagi...cepat minta maaf...hihi


Ha...bagus...dah baik kan...mmmm..sayang caca dan cici


0 comments:

Catat Ulasan