Ahad, 23 Februari 2014

Ditulis pada hari Ahad, 23 Februari 2014 2 comments
Felda ini berhampiran dengan sempadan Selangor/Perak yang dipisahkan oleh Sungai Bernam. Felda ini bersebelahan dengan kampung tradisional Melayu, Kampung Gedangsa,Sungai DusunKampung Gesir,Kampung SeberangSeri Keledang, dan FELDA Sungai Tengi . Felda ini kira-kira 125 km dari ibu kota Kuala Lumpur. Kawasan ini menerima skim pengairan Sungai Bernam danSungai Panjang.



Ia dinamakan bersempena dengan bekas presiden IndonesiaSoeharto, yang telah melawat kampung ini pada 18 Mac 1977, dua belas tahun selepas Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1962-1966. Felda Sungai Dusun telah ditukar nama kepada Felda soeharto.Pengurus Felda ketika itu ialah Yusuf bin Sharif (1962). Turut mengiringi beliau ialah Tun Adam Malik selaku Menteri Luar Indonesia.



FELDA ini mulanya menempatkan peneroka ladang getah pada 1962 dan kemudian ditaman semula dengan kelapa sawit.Kontraktor telah membina rumah-rumah penempatan daripada kayu untuk diduduki oleh para peneroka Felda.
Para peneroka berasal dari negeri KedahKelantan,JohorPulau Pinang dan Perak. Kebanyakannya keturunan MelayuJawa dan Banjar. Kaum India seramai 21 keluarga.[2]

Sumber info :
ms.m.wikipedia.org/wiki/FELDA_Soeharto

Rumah pusaka peninggalan almarhum dan almarhumah bapa dan ibu mertua saya


Rumah ini sentiasa dijaga rapi oleh pewarisnya, iaitu suami saya


Sekian lama menjaga dan membesarkan pinang raja agar tiada rekahan dan runtuhan tanah memandangkan kedudukan rumah ini di atas tanah tinggi


Ia juga menjadi trade mark pemilik rumah ini sebagai guru seni yang pakar dalam bidang landskap


Oren kemerahan batang pinang raja memang indah dan memukau.

Ketika kerja-kerja membersihkan kawasan rumah dilakukan, inilah kerja Muhammad Aiman.

Sementara saya hanyalah pemantau dan kadang kala jadi mamarazi

Sejak kecil dah jadi kampung boy


Kadangkala terjerit-jerit juga saya melihat gelagat dan ragam Muhammad Aiman

Di bawah pokok manggis inilah tempat saya berehat dan berteduh...menuggu hembusan angin..

Kerusi di bawah pokok inilah menjadi tempat saya mengupdate blog

Dan...atas keprihatinan En Suami...ada sebuah besen di situ. ..untuk apa agaknya???
Categories: ,

2 comments: