Sabtu, 22 Februari 2014

Ditulis pada hari Sabtu, 22 Februari 2014 5 comments
Ultrasound terperinci dilakukan kira-kira pada 20 minggu kehamilan untuk memeriksa jika ada sebarang masalah struktur atau kecacatan bayi semasa lahir.

Selalunya ini dinamakan skan anomali fetus dan digunakan juga untuk memeriksa posisi plasenta dan posisi bayi. Kebanyakan pasangan mahu mengetahui jantina bayi mereka dan mahu menyimpan beberapa gambar.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk beringat bahawa tujuan utama skan ini ialah untuk mengenal pasti sebarang keabnormalan.

Ini adalah skan yang paling penting untuk sepanjang tempoh kehamilan sebab ia akan mengenal pasti sebarang masalah struktur yang ada pada bayi anda.

Bagi kebanyakan orang, ini akan meyakinkan anda bahawa bayi anda adalah normal. Walau bagaimanapun, semua skan ultrasound, adalah merupakan pilihan anda.

Apa yang dikaji?



Organ dalaman bayi anda akan dikaji secara keratan rentas dan ini agak sukar difahami oleh anda. Dalam skan itu, tulang akan berwarna putih, cecair berwarna hitam dan tisu-tisu lembut berwarna kelabu dan berbintik.

• Selalunya kepala akan diteliti dahulu dari segi bentuk dan struktur dalaman dan juga otak. Sesetengah masalah otak yang serius boleh dikesan pada peringkat ini. Doktor akan memeriksa wajah bayi untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang lekuk pada bibirnya, tetapi rekah pada lelangit di dalam mulut bayi (cleft palate) agak sukar untuk dilihat dan selalunya tidak dapat dikesan semasa skan.

Tulang belakang diperiksa dari perspektif panjang dan juga secara melintang untuk memastikan semua vertebra adalah tersusun dan sejajar, dan tulang serta bahagian belakang diselubungi kulit sepenuhnya. Dinding abdomen bayi juga diperiksa untuk menentukan ianya menutupi semua organ dalaman di bahagian hadapan.

Jantung diperiksa untuk mengetahui saiz dan bentuknya. Dua ruang jantung sebelah atas atau “atrium” dan dua ruang bawah atau “ventrikel” mesti mempunyai saiz yang sama dan injap mesti boleh membuka dan menutup dengan setiap denyutan jantung. Sesetengah doktor menjalankan skan jantung yang lebih terperinci untuk mengkaji salur-salur darah utama. Sama ada hospital anda menyediakan skan yang lebih terperinci ini atau tidak, tergantung kepada kualiti mesin ultrasound yang ada, jumlah masa bagi setiap satu skan dan sama ada doktor mempunyai latihan khas untuk menjalankannya.

Perut yang terletak di bawah jantung, boleh dilihat. Bayi anda sudah tentu telah menelan sedikit cecair amnion yang mengelilinginya, dan ini dilihat seperti buih hitam di dalam perut.

• Doktor akan memastikan bahawa bayi anda mempunyai dua ginjal, dan pengaliran urinnya ke pundi kencing berjalan dengan lancar. Jika didapati yang pundi kencing kosong bila menjalankan skan, anda akan dapat memerhati dan melihat pundi beransur-ansur menjadi penuh dengan mudah – sebenarnya pada masa ini, bayi anda sudah mula membuang air kecil kira-kira setengah jam sekali untuk beberapa bulan!

Tangan dan kaki diperiksa, dan jari-jari dan ibu jari diperiksa tetapi tidak dikira bilangannya.

Plasenta, tali pusat dan cecair amnion semuanya diperiksa.

Plasenta akan terletak sama ada di bahagian hadapan atau belakang dinding rahim anda, selalunya berhampiran bahagian atas (atau fundus) jadi ia dinyatakan sebagai “fundal” dalam laporan imbasan anda. Ia selalunya dinyatakan sebagai “rendah” sebab ia menghala ke bawah atau menutup leher rahim (serviks). Jika plasenta anda rendah, satu lagi skan akan dijalankan pada trimester ketiga, yang mana kebanyakan plasenta telah berpisah daripada serviks.

Tiga saluran darah dalam tali pusat dapat dikesan tetapi ini selalunya tidak dilakukan secara rutin. Pada masa ini adalah penting cecair amnion itu cukup untuk mengelilingi bayi sebab ini membolehkannya bergerak bebas.

Sumber info :



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


My Detail Scan

Atas nasihat doktor, kerana faktor usia saya disarankan supaya menjalani detail scan. Saya menjalani scan ini di Metro Maternity Kuala Selangor.



Tiada masalah.  Saya akur jika untuk kebaikan. ..apa salahnya. Bayaran soal kedua.  Pertama dan yang penting bayi yang dikandung sihat dan selamat.

Temujanji saya yang pertama ketika usia kandungan 20 minggu. Saya dapat lihat beberapa keratan rentas organ serta anggota bayi. Namun kerana size fizikal saya, agak menyukarkan doktor melihat keseluruhan anggota dan organ bayi saya. Lantas doktor menyarankan agar saya datang sebulan lagi (24 minggu) untuk menyempurnakan scan tersebut.


Hari ini 22 Februari 2014.

Saya menjalani detail scan yang seterusnya. Sangat mengujakan kerana kali ini saya dapat melihat dengan jelas jantina bayi saya!!! Saya juga dapat melihat aktivitinya dengan jelas . Syukur alhamdulillah bayi yang saya kandung sihat dan tiada masalah.  Syukur alhamdulillah atas segala anugerahMu Ya Allah.
Bersama Doktor Siti Rohani selepas menjalani detail scan. 
Doktor Siti Rohani memang pakar dalam bidang Sonography.
(Sungguh dobok si tudung hijau tu...)



Nantikan kisah 3D 4D saya pada bulan hadapan.


Untuk Info lanjut sila klik pada pautan di bawah:



Categories: ,

5 comments:

  1. Assalamualaikum. Bagus blog Puan Rasyidah ni. Teruja saya membacanya :-). Alhamdulillah teruskan berkongsi ilmu ya. dan terima kasih kerana sudi berkongsi blog saya. - Dr Rohani

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam....blog biasa2 je doktor....tq sudi singgah

      Padam
  2. kak.. bg fon no. nk tnya pasal hosptl metro. nk bersalin dah ni- latifah

    BalasPadam
  3. kak.. bg fon no. nk tnya pasal hosptl metro. nk bersalin dah ni- latifah

    BalasPadam