Hujung minggu kami seperti rutinnya di Sg Dusun. Kami pulang lebih awal kerana banyak kerja-kerja pembersihan minggu lepas yang tertangguh. Ini bermakna saya perlu membawa barang kelengkapan memasak. Jika tidak saya hanya membawa makanan yang sudah siap dimasak.
Sampai saja di kampung halaman En. Suami ini...anak saya menjerit..."ummi....anggur hijau dah berbuah..." hehehe...Sebenarnya bukan anggur hijau...sebaliknya ialah buah belimbing buluh yang tengah rancak berbuah di belakang rumah.
Entri terdahulu saya pernah masukkan tentang Cik Belimbing ni...cuma resepi yang berbeza...
Hari ini saya gabungkan Cik Belimbing ini bersama serai dan daun kunyit agar Cik Mayung sentiada berbau harum dan enak
Mereka sedang bergaya di dalam pinggan 'Corelle' almarhumah bunda mertuaku.
Inilah Asam pedas mayung dan 'Anggur' Malaysia
sedap nie
BalasPadamSgt sedap.hihi...
Padammasam nieh...tapi buat masak lemak sedap jugak
BalasPadamJika xsuka msm jgn dibelah buahnya
PadamSEDAP TU... TERINGIN NAK MAKAN...HUHU
BalasPadam