Rabu, 15 Januari 2014

Ditulis pada hari Rabu, 15 Januari 2014 4 comments
Kacang dal mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Selain enak dijadikan menu hidangan, kacang dal juga dapat menjadi penawar bagi penyakit kencing manis.


Dalam kajian yang dijalankan di Institut Penyelidikan Teknologi Makanan Pusat India, kehadiran kacang dal di dalam diet biasa telah berupaya menurunkan kandungan gula di dalam darah.


Kebiasaannya kacang dal dihidangkan bersama kuah dalca yang akan dimakan bersama nasi minyak, nasi beryani mahupun nasi hujan panas yang akan digandingkan bersama ayam masak merah dan acar timun.


Namun hari ini saya ingin berkongsi cara menyediakan kuah wadei@masalode.ianya merupakan kuih kegemaran suami saya. Cara membuatnya mudah tetapi perlukan ketelitian.

Rendamkan kacang dal 3-4 jam

Tinggalkan segenggam dan bakinya dikisar dengan sedikit air. Tuskan airnya dan campur dengan kacang dal yang diasingkan tadi


Campurkan hirisan bawang, cili kering, daun kari /daun sup, ikan bilis/udang kering dikisar, jintan manis(jika suka) dan garam secukup rasa

Gaul semua bahan dan bentukkan bahan di atas tapak tangan supaya bentuk kekal bulat jika digoreng

Masukkan dalam kuali ketika api kecil. Besarkan api jika semua dah ready dalam kuali. Ini mengelakkan adunan pecah ketika digoreng



Tadaaa....kuih masalode yang dah siap di goreng garing....


Selamat Mencuba...
Categories: ,

4 comments:

  1. Hye, saye selalu baca blog awk. Kalau awk ade mase singgah la dan follow la blog saye :) http://awksweetgitu.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq singgah taufiq....saya dah follow yg ke 10

      Padam
  2. I love your blog
    followed
    http://minimaysi.blogspot.co.uk/

    BalasPadam