Ahad, 5 Januari 2014

Ditulis pada hari Ahad, 5 Januari 2014 6 comments

Telur Masak Kari

 Suami  pulang dari rumah kenduri dan membawa banyak bunga telur.Ada 5 semuanya. Teringat masa zaman kanak-kanak, berebut-rebut nak makan telur rebus dengan kicap. Sedapnya masa tu....hingga menjilat jari.


Gambar ini sengaja saya ambil untuk mengimbau kenangan silam


Namun kini telur rebus dari rumah kenduri sering dipandang sepi lebih lebih lagi oleh generasi baru.

Untuk mengelakkan pembaziran saya masak telur kenduri tadi masak kari. Menu yang sering dilupakan....

Dulu popularya telur masak kari ni di makan bersama pulut kuning jika ada murid bunda yang masuk al quran (setelah khatam muqaddam) atau jika ada yang khatam al quran. Di rumah bunda ada ramai murid mengaji. Hampir 40 orang. Meriahnya masa ada jamuan pulut kuning dan kari telur.

Bila makan kari telur ni...saya terbayang kenangan mengaji bersama rakan rakan di rumah bunda. Indahnya saat itu...


Resepi? 


Bawang  merah
Bawang putih
Halia
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Serbuk kari
Cili kisar
Kentang
Tomato
Asam jawa
Gula&garam
Minyak untuk menumis

Selamat mencuba

Categories: , , ,

6 comments:

  1. betul tuu. kalo xbuat mcm ni confirm buang jea telur tuu hehe

    BalasPadam
  2. Entah kenapa rasa sy telur rebus kenduri kawin lg sedap dr telur yg direbus sndiri dirumah.

    BalasPadam
  3. pernah gak makan nasi lemak bersama kuah kari telur rebus... sedap gak. Lain dpd yg lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan...mkn dgn mee goreng pun sedap

      Padam