Kisah seorang ayah amuk dan sembelih anak..sangat mengerikan...
Sumber info : mstar.com.my
Budak Perempuan Tujuh Tahun Mati Dikelar Bapa Kandung
BANGI: Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang Khamis.Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.Beliau berkata, seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anaklelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka,yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.
Anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah."Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas."Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalambilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.
Beliau berkata, polis menjumpai mayat budak perempuan, yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu.Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang."Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya.
Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.Abd Rahim berkata, polis turut merampas sebilah parang daripada suspek itu.Suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental. - BERNAMA
Sumber info : www.nst.com.my
Klik link di bawah untuk info lebih lanjut
WhatsApp Info
"Family mmg jenis baik2.wife bertudung labuh. pensyarah kat mana ntah.ayahnya dah lama xkeja.wife reported husb had been 'stressed' for past few days.husb mmg ahli jemaah tegar kat surau belakang rumah aku.jarang missed jemaah dengarnya.masa solat zuhur td pun ada g solat jemaah tp dgrnya sibuk nak cepat balik.kejadian between after solat jemaah zuhur&before asar.anak2 yg besar berlari mntk tlg ahli surau belakang rumah.smlm baru lps makan kambing setalam dgn anak2 di surau.yg meninggal 3 tahun mmg dgrnya literally kena sembelih.... naudzubillah kat dlm rumah.yg dua lagi kritikal dh bawa ke hosp(xsure hosp mana) sek rendah dgrnya.polis sdg cari ibu jari salah seorang.kena slashed kat bangsal belakang rumah.slashed dada,belakang,tengkuk.tak sure samada ayahnya sakit mental macamana." -whatsapp dari rakan yang mengenali
0 comments:
Catat Ulasan