Ahad, 26 Januari 2014

Ditulis pada hari Ahad, 26 Januari 2014 2 comments

Ibu yang sedang mengandung tentu ingin tahu apa yang sedang dilakukan oleh bayinya di semasa di dalam rahim. Tentu tertanya-tanya bagaimana pergerakan bayi dalam rahim sehingga ibu kadang kala terasa geli ditendang manja oleh kaki comel dari dalam.

Bayi anda meringkuk rapat di dalam rahim, dilapik oleh cecair amnion (air ketuban) yang mengelilingnya. Dia bergantung sepenuhnya kepada plasenta untuk mendapatkan bekalan makanan dan oksigen serta membuang bahan buangannya.

Plasenta membekalkan nutrien yang diperlukan oleh bayi. Hampir semua bahan yang masuk badan anda, sama ada baik atau buruk, ditapis melalui plasenta untuk dibekalkan kepada bayi.

Bayi menghisap ibu jari dan menelan air ketuban yang mengelilinginya lalu mengalirkan air itu keluar dari badan sebagai air kencing. Kadangkala bayi minum terlalu banyak cecair tersebut dan tersedu. Bayi membuat pergerakan bernafas dengan dadanya, berlatih untuk persediaan hidup di luar rahim.

Air ketuban juga berfungsi mengawal suhu badan bayi serta melindunginya daripada jangkitan dan hantukan yang tiba-tiba. Bayi menendang dan menumbuk serta ada kalanya membuat balik kuang.

Bayi tidur dan bangun secara tidak tetap. Bayi mungkin paling aktif ketika anda cuba hendak tidur. Jadi, tidak hairanlah kalau anda tidak selesa untuk tidur kerana bayi asyik bergerak aktif dalam perut.


Sumber info : Www.babycenter.com.my

Categories: ,

2 comments: