Ahad, 6 Oktober 2013

Ditulis pada hari Ahad, 6 Oktober 2013 2 comments

Bas yang membawa jemaah haji masuk ke bumi Makkah ini tidak henti-henti datang berbondong - bondong tanpa mengira masa... siang,  malam, pagi, petang, subuh. ..ada sahaja jemaah haji yang baru datang dari pelbagai negara kerana hari wukuf yang semakin hampir.

Di mana-mana sahaja orang ramai...masjid, surau hotel, lif, lobby hotel, cafe, tandas.... malah Safwah Towers pun sesak dengan jemaah haji dari pelbagai negara dan bangsa. Apatah lagi tempat tawaf dan saie...berjuta manusia datang berhimpun di sini setahun sekali.

Malah kenderaan awam juga sudah mula 'jual mahal'. Jika dulu, jika kami lewat ke masjid, kami akan menaiki teksi atau van dengan bayaran SR2.. namun sejak jemaah haji semakin ramai. ..mereka naikkan harga 3x ganda... (jika dah lewat sangat saya naik juga). Ada kalanya baru naik separuh jalan teksi dah turunkan penumpang sebab banyak jalan tutup atau orang yang terlalu ramai menyukarkan teksi untuk bergerak...

Di Masjidilharam, siapa yang datang lewat akan solat di jalan atau paling bagus pun dapat solat di tepi tangga...solat di Sutuh/bumbung pun seronok juga..tapi waktu isyak dan subuh boleh la...dingin je...saya pernah solat zohor di bumbung...memamg mencabar..tapi bila mula nak solat..Allah kurniakan angin yang dingin. Syukur. ..begitu lah kasih sayang Allah terhadap hambaNya...

Maka saya pun mengubah jadual ke Masjidilharam. ...datang seawal 9.30@10.00 pagi hingga waktu isyak... saya bawa barang keperluan diri dan sedikit makanan simple seperti roti, biskut atau kurma untuk alas perut....jika tidak , selepas zohor kami akan ke Safwah Towers untuk makan nasi arab atau lain - lain makanan selera Malaysia...Jika saya balik lepas zohor tentu asar saya ponteng, jika saya balik lepas asar tentu maghrib saya ponteng. ...bukan apa....sebab jarak yang jauh dan kesesakan di sana sini....jadi saya buat pilihan untuk 'berkampung' di Masjidil Haram.

Selepas 22 Oktober nanti..tinggallah tempat yang mulia ini....maka selagi ada masa. ..rebutlah peluang ini....♡♡♡♡♡

2 comments:

  1. Betul tu kak berkampung lah di sana sepuasnya..akak sekali lagi jgn lupa doakan saya

    BalasPadam